Istilah “Himdah”, “Shalom” dan “Periclytos”

Dalam King James Version of the Bible disebutkan bahawa:

“For thus saith the LORD of hosts; Yet once, it is a little while, and I will shake the heavens, and the earth, and the sea, and the dry land; And I will shake all nations, and the desire of all nations shall come: and I will fill this house with glory, saith the LORD of hosts. The silver is mine, and the gold is mine, saith the LORD of hosts. The glory of this latter house shall be greater than of the former, saith the LORD of hosts: and in this place will I give peace, saith the LORD of hosts.” ― Haggai 2:6-9

Terjemahannya mengikut Bible Indonesia Alkitab (1993) adalah:

“Sebab beginilah firman TUHAN semesta alam: Sedikit waktu lagi maka Aku akan menggoncangkan langit dan bumi, laut dan darat; Aku akan menggoncangkan segala bangsa, sehingga barang yang indah-indah kepunyaan segala bangsa datang mengalir, maka Aku akan memenuhi Rumah ini dengan kemegahan, firman TUHAN semesta alam. Kepunyaan-Kulah perak dan kepunyaan-Kulah emas, demikianlah firman TUHAN semesta alam. Adapun Rumah ini, kemegahannya yang kemudian akan melebihi kemegahannya yang semula, firman TUHAN semesta alam, dan di tempat ini Aku akan memberi damai sejahtera, demikianlah firman TUHAN semesta alam.” — Hagai 2:6-9

Terdapat dua kalimat Ibrani yang perlu diperhatikan dalam ayat di atas iaitu Himdah dan Shalom. Bible versi bahasa Inggeris menterjemahkan kalimat ini sebagai the desire of all nations shall come dan peace. Bible Indonesia Alkitab pula menterjemahkannya sebagai ‘barang yang indah-indah kepunyaan segala bangsa datang mengalir’ dan ‘damai sejahtera’. Berkaitan dengan kalimat Himdah, ayatnya yang asal dalam bahasa Ibrani adalah ve yavu himdath kol haggoyim. Terjemahan bahasa Inggeris adalah, and will come the Himdah of all nations yang bermaksud ‘dan akan datang Himdah bagi segala bangsa’. Dalam bahasa Arab, kalimat Himdah berasal daripada huruf ha, ma, da dan hal ini sangat selari dengan huruf-huruf asal yang menerbitkan kalimat Ahmad dan Muhammad.

Shalom pula selari dengan kalimat Arab salama yang melahirkan perkataan Islam. Islam bermaksud damai dan sejahtera. Bible Indonesia Alkitab menggunakan kedua-dua perkataan ini untuk menterjemahkan kalimat Shalom. Justeru, ayat Bible ini sebenarnya menceritakan mengenai seorang Himdah yang diutus kepada segala bangsa atau umat manusia dan kepadanya dikurniakan Shalom yang bakal mendatangkan kedamaian dan kesejahteraan kepada umat manusia. Kisah ini sangat selari dengan Ahmad atau Muhammad yang diutus oleh Allah dengan risalah Islam kepada semesta alam.

Di dalam kitab Perjanjian Baru, kalimat yang selari dengan Himdah adalah Paracletos. Kalimat Paracletos perlu difahami mengikut gaya bahasanya yang asal. Dalam manuskrip Yunani purba, perkataan yang hampir dengan Paracletos adalah Periclytos. Dalam bahasa Inggeris, Periclytos bermaksud illustrious, glorious and praised atau ‘dia yang terpuji’. Hal ini sangat selari dengan pengertian kalimat Himdah dan Ahmad kerana kedua-duanya juga bermaksud ‘dia yang terpuji’. Pengertian ini sangat selari dengan nama Nabi Muhammad.