Datang dari Paran dan terpuji di dunia

Dalam King James Version of the Bible disebutkan bahawa:

“God came from Teman, and the Holy One from mount Paran. Selah. His glory covered the heavens, and the earth was full of his praise.” ― Habakkuk 3:3

Terjemahannya mengikut Bible Indonesia Alkitab (1993) adalah:

“Allah datang dari negeri Teman dan Yang Maha Kudus dari pegunungan Paran. Sela. Keagungan-Nya menutupi segenap langit, dan bumi pun penuh dengan pujian kepada-Nya.” — Habakuk 33:2

Sudah dimaklumi bahawa Paran adalah tempat menempat Nabi Ismail sebagaimana yang dinyatakan dalam Bible dan di tempat ini juga Nabi Muhammad dilahirkan. Allah berjanji akan menganugerahkan satu kemuliaan dan kedudukan yang tinggi kepada Nabi Ismail dan keturunan beliau. Mengikut King James Version of the Bible disebutkan, “And God heard the voice of the lad; and the angel of God called to Hagar out of heaven, and said unto her, What aileth thee, Hagar? fear not; for God hath heard the voice of the lad where he is. Arise, lift up the lad, and hold him in thine hand; for I will make him a great nation.” (Genesis 21:17-18). Terjemahannya mengikut Bible Malaysia Alkitab (1996) adalah, “Allah mendengar suara Ismael dan dari langit lalu malaikat Allah berkata kepada Hagar, “Apakah yang engkau susahkan, Hagar? Janganlah takut. Allah sudah mendengar tangisan anakmu. Pergilah kepada anakmu, angkatlah dan tenangkanlah dia. Aku akan menjadikan keturunannya suatu bangsa yang besar.” (Kejadian 21:17-18).

Nabi Muhammad berasal daripada keturunan Nabi Ismail sedangkan Yesus daripada keturunan Nabi Ishak. Keturunan Nabi Ismail melahirkan bangsa Arab manakala keturunan Nabi Ishak melahirkan bangsa Yahudi. Ayat Bible di atas menjelaskan tentang suatu kemuliaan besar yang bakal dimahkotakan Tuhan kepada bangsa Arab daripada keturunan Nabi Ismail. Kenyataan ini diperkukuhkan lagi dengan dalil yang lain sebagaimana yang terdapat dalam New King James Version of the Bible pada bab Isaiah 60:6-7, “The multitude of camels shall cover your land, The dromedaries of Midian and Ephah; All those from Sheba shall come; They shall bring gold and incense, And they shall proclaim the praises of the LORD. All the flocks of Kedar shall be gathered together to you, The rams of Nebaioth shall minister to you; They shall ascend with acceptance on My altar, And I will glorify the house of My glory.

Terjemahan mengikut Bible Indonesia Alkitab (1993) adalah, “Sejumlah besar unta akan menutupi daerahmu, unta-unta muda dari Midian dan Efa. Mereka semua akan datang dari Syeba, akan membawa emas dan kemenyan, serta memberitakan perbuatan masyhur TUHAN. Segala kambing domba Kedar akan berhimpun kepadamu, domba-domba jantan Nebayot akan tersedia untuk ibadahmu; semuanya akan dipersembahkan di atas mezbah-Ku sebagai korban yang berkenan kepada-Ku, dan Aku akan menyemarakkan rumah keagungan-Ku.” (Yesaya 60:6-7).

Perkataan-perkataan penting berdasarkan ayat Bible di atas adalah ‘unta’, ‘Kedar’ dan ‘rumah keangungan-Ku’. ‘Unta’ merupakan kenderaan penting bagi orang-orang Arab khususnya mereka yang hidup di padang pasir. ‘Kedar’ pula adalah salah seorang anak Nabi Ismail dan daripada keturunan Kedar inilah lahirnya bangsa Quraisy yang menetap dan berkuasa di bumi Mekah. ‘Rumah keagungan-Ku’ pula merujuk kepada Kaabah yang terdapat di Mekah, iaitu rumah keagungan Allah yang dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Setiap tahun pada musim ibadat haji, kira-kira tiga juta umat Islam akan berkumpul di Mekah untuk mengerjakan ibadat. Hal inilah yang dimaksudkan oleh ayat ‘dan Aku akan menyemarakkan rumah keagungan-Ku’.

Ayat di atas sebenarnya menunjukkan kemuliaan pada akhir zaman yang akan diberikan kepada keturunan Nabi Ismail dari kalangan bangsa Arab. Hal ini ternyata terlaksana apabila Nabi Muhammad diutuskan oleh Allah sebagai nabi agung akhir zaman. Semasa memberikan komentar mengenai perkara ini, laman web Bibleinfo.com di bawah tajuk What Does the Bible say about Muslim/Islam menyebutkan, “Abraham (Ibrahim) diberikan satu jaminan istimewa daripada Tuhan bahawa keturunan anaknya yang bernama Ismael akan menjadi satu bangsa yang hebat. Keturunan Abraham melaluinya anak Ismael akan membawa puji-pujian di Rumat Ibadat Tuhan. Keturunan Ismael diberikan bumi di sebelah timur dan daripada mereka inilah lahirnya bangsa Arab. Muhammad, nabi dan rasul bagi umat Islam adalah berasal daripada keturunan Ismael dan semua perkara ini telah disebutkan di dalam kitab Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru.”

Berdasarkan semua ini, apabila Bible menyebutkan tentang kemuliaan dan kesucian yang datang dari pergunungan Paran sebagaimana yang dicatatkan dalam bab Habakuk 3:3 di atas, ia sebenarnya menceritakan tentang kemuliaan yang bakal dianugerahkan kepada bangsa Arab melalui keturunan Nabi Ismail. Alasannya mudah, keturunan Nabi Ismail dari kalangan bangsa Arab sememangnya berasal daripada bumi Paran atau Mekah sebagaimana yang disebutkan dalam bab Kejadian fasal 21 ayat 20. Nabi Muhammad adalah daripada keturunan Nabi Ismail dan baginda berbangsa Arab. Justeru, perutusan Nabi Muhammad sebagai rasul akhir zaman membenarkan segala ramalan yang dibuat oleh Bible. Baginda adalah ‘cahaya sempurna’ sebenar yang akan muncul dari Paran dan kedatangannya dinanti-nantikan oleh semua umat manusia. Bukti-bukti ini diperkukuhkan lagi dengan ayat and the earth was full of his praise atau ‘dan bumi pun penuh dengan pujian kepada-Nya’ kerana kalimat ‘Muhammad’ juga bermaksud glorious and praised atau ‘dia yang terpuji’.