Pendahuluan
Penganut agama Yahudi dan Kristian pada hari ini tidak mengakui bahawa pada akhir zaman nanti, Tuhan akan membangkitkan seorang lagi nabi yang akan bertanggungjawab menyempurnakan rangkaian ajaran Ilahi. Mereka sedaya upaya menyembunyikan hakikat kebenaran ini dan hal ini telah disentuh oleh al-Quran sebagaimana maksud firman Allah, “Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan janganlah kamu sembunyikan yang benar itu padahal kamu mengetahuinya.” (Al-Baqarah 2:42).
Ayat ini merujuk kepada sikap Ahli Kitab iaitu Yahudi dan Kristian yang cuba menyembunyikan kebenaran Nabi Muhammad sebagaimana yang telah disebutkan di dalam kitab Taurat dan Injil yang ada pada sisi mereka walaupun mereka mengetahui kebenarannya.
Kitab Taurat dan Injil yang ada sekarang di tangan kaum Yahudi dan Kristian telah diselewengkan oleh mereka. Justeru, mereka menamakan naskhah yang sudah diselewengkan itu sebagai ‘Bible’ dalam bahasa Inggeris atau ‘Alkitab’ dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa ayat di dalamnya yang jelas menceritakan tentang kedatangan Nabi Muhammad sebagai rasul akhir zaman. Hal ini ditegaskan dalam ayat al-Quran berikut, “(Iaitu) orang-orang yang mengikut rasul, nabi yang ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada pada sisi mereka.” (Al-A’raf 7:157).
Justeru, adalah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk mengeluarkan ayat-ayat ini dan seterusnya membuktikan kebenaran Nabi Muhammad sebagai rasul akhir zaman.
Perjanjian Tuhan dengan bangsa Arab
Walaupun naskhah Bible hari ini tidak boleh diterima sebagai kata-kata Tuhan secara keseluruhannya, namun masih terdapat sebahagian kecil ayat-ayatnya yang masih selari dengan al-Quran terutamanya yang berhubung dengan kebangkitan Nabi Muhammad sebagai manusia agung dan rasul akhir zaman. Justeru, ayat-ayat ini perlu ditapis, dikaji dan dimanfaatkan sebaik mungkin sebagai hujah untuk membuktikan kebenaran kerasulan Nabi Muhammad.
Mengikut Bible bab Genesis 17:18 dinyatakan bahawa Nabi Ibrahim pernah berdoa kepada Tuhan supaya memberkati kehidupan anaknya yang bernama Ismail. Di dalam Revised Standard Version of the Bible ayatnya adalah, “And Abraham said to God, “O that Ishmael might live in thy sight!” Mengikut Bible Indonesia Alkitab terjemahannya adalah, “Lalu Abraham berkata kepada Allah, ‘Ah, sekiranya Ismael diperkenankan hidup di hadapan-Mu!’” (Kejadian 17:18). Lalu Allah mengabulkan permintaan baginda, “As for Ishmael, I have heard you; behold, I will bless him and make him fruitful and multiply him exceedingly; he shall be the father of twelve princes, and I will make him a great nation.” (Genesis 17:20). Terjemahannya mengikut Bible Malaysia Alkitab (1996) adalah, “Aku sudah mendengar permintaanmu untuk Ismael. Oleh itu Aku akan memberkati dia dan memberi dia banyak anak dan keturunan. Dia akan menjadi nenek moyang dua belas ketua suku, dan Aku akan menjadikan keturunannya suatu bangsa yang besar.” (Kejadian 17:20).
Kisah yang disebutkan di dalam Bible ini tentang hidup Nabi Ismail yang diredai di sisi Tuhan sangat selari dengan al-Quran. Allah berfirman yang bermaksud, “Dan dia (Ismail) menyuruh ahli keluarganya mengerjakan sembahyang dan menunaikan zakat dan dia adalah seorang yang diredai di sisi Tuhannya.” (Maryam 19:55).
Dalam bab Genesis 21:17-18 disebutkan tentang janji Tuhan untuk menjadikan keturunan Nabi Ismail sebagai suatu keturunan yang besar dan hebat. Mengikut Bible Malaysia Alkitab ayatnya adalah, “Allah mendengar suara Ismael dan dari langit malaikat Allah berkata kepada Hagar, “Apakah yang engkau susahkan, Hagar? Janganlah takut. Allah sudah mendengar tangisan anakmu. Pergilah kepada anakmu, angkatlah dan tenangkanlah dia. Aku akan menjadikan keturunannya suatu bangsa yang besar.” (Kejadian 21:17-18).
Nabi Muhammad berasal daripada keturunan Nabi Ismail yang melahirkan bangsa Arab manakala Nabi Isa al-Masih (Yesus Kristus) berasal daripada keturunan Nabi Ishak yang melahirkan bangsa Israil atau Yahudi. Ayat Bible di atas jelas menunjukkan bahawa Tuhan akan menjadikan keturunan Nabi Ismail sebagai suatu bangsa yang hebat, unggul dan masyhur. Akhirnya, janji Tuhan tersebut terlaksana apabila lahirnya Nabi Muhammad sebagai rasul akhir zaman dan penutup sekalian nabi dan rasul.

Perkataan “Mahamuddim” ada di dalam Bible
Dalam King James Version of the Bible disebutkan bahawa:
“His mouth is most sweet: yea, he is altogether lovely. This is my beloved, and this is my friend, O daughters of Jerusalem.” ― Song of Solomon 5:16
Terjemahannya mengikut Bible Alkitab (1996) terbitan The Bible Society of Malaysia adalah:
“Amat manis tutur katanya, segala yang ada padanya menawan hatiku. Demikianlah kekasihku dan sahabatku, hai puteri-puteri Yerusalem.” — Kidung Agung 5:16
Ayat he is altogether lovely atau ‘segala yang ada padanya menawan hatiku’ seperti yang tercatat dalam ayat Bible di atas sebenarnya adalah terjemahan daripada perkataan Mahamuddim dalam bahasa Ibrani atau Hebrew, iaitu bahasa orang Yahudi. Kalimat im dalam bahasa Ibrani melambangkan kemuliaan dan penghormatan. Contohnya ialah kalimat im dalam perkataan Elohim. Eloh bermaksud Tuhan manakala im pula bermaksud Yang Maha Mulia.
Justeru, Elohim bermaksud Tuhan Yang Maha Mulia. Apabila kaedah yang sama digunakan pada perkataan Mahamuddim, ia membawa maksud ‘Mahamudd yang mulia’ atau ‘Mahamudd yang terpuji’. Maksud ini sangat selari dengan nama Nabi Muhammad kerana perkataan Muhammad itu sendiri bermaksud ‘dia yang terpuji’.

Istilah “Himdah”, “Shalom” dan “Periclytos”
Dalam King James Version of the Bible disebutkan bahawa:
“For thus saith the LORD of hosts; Yet once, it is a little while, and I will shake the heavens, and the earth, and the sea, and the dry land; And I will shake all nations, and the desire of all nations shall come: and I will fill this house with glory, saith the LORD of hosts. The silver is mine, and the gold is mine, saith the LORD of hosts. The glory of this latter house shall be greater than of the former, saith the LORD of hosts: and in this place will I give peace, saith the LORD of hosts.” ― Haggai 2:6-9
Terjemahannya mengikut Bible Indonesia Alkitab (1993) adalah:
“Sebab beginilah firman TUHAN semesta alam: Sedikit waktu lagi maka Aku akan menggoncangkan langit dan bumi, laut dan darat; Aku akan menggoncangkan segala bangsa, sehingga barang yang indah-indah kepunyaan segala bangsa datang mengalir, maka Aku akan memenuhi Rumah ini dengan kemegahan, firman TUHAN semesta alam. Kepunyaan-Kulah perak dan kepunyaan-Kulah emas, demikianlah firman TUHAN semesta alam. Adapun Rumah ini, kemegahannya yang kemudian akan melebihi kemegahannya yang semula, firman TUHAN semesta alam, dan di tempat ini Aku akan memberi damai sejahtera, demikianlah firman TUHAN semesta alam.” — Hagai 2:6-9
Terdapat dua kalimat Ibrani yang perlu diperhatikan dalam ayat di atas iaitu Himdah dan Shalom. Bible versi bahasa Inggeris menterjemahkan kalimat ini sebagai the desire of all nations shall come dan peace. Bible Indonesia Alkitab pula menterjemahkannya sebagai ‘barang yang indah-indah kepunyaan segala bangsa datang mengalir’ dan ‘damai sejahtera’. Berkaitan dengan kalimat Himdah, ayatnya yang asal dalam bahasa Ibrani adalah ve yavu himdath kol haggoyim. Terjemahan bahasa Inggeris adalah, and will come the Himdah of all nations yang bermaksud ‘dan akan datang Himdah bagi segala bangsa’. Dalam bahasa Arab, kalimat Himdah berasal daripada huruf ha, ma, da dan hal ini sangat selari dengan huruf-huruf asal yang menerbitkan kalimat Ahmad dan Muhammad.
Shalom pula selari dengan kalimat Arab salama yang melahirkan perkataan Islam. Islam bermaksud damai dan sejahtera. Bible Indonesia Alkitab menggunakan kedua-dua perkataan ini untuk menterjemahkan kalimat Shalom. Justeru, ayat Bible ini sebenarnya menceritakan mengenai seorang Himdah yang diutus kepada segala bangsa atau umat manusia dan kepadanya dikurniakan Shalom yang bakal mendatangkan kedamaian dan kesejahteraan kepada umat manusia. Kisah ini sangat selari dengan Ahmad atau Muhammad yang diutus oleh Allah dengan risalah Islam kepada semesta alam.
Di dalam kitab Perjanjian Baru, kalimat yang selari dengan Himdah adalah Paracletos. Kalimat Paracletos perlu difahami mengikut gaya bahasanya yang asal. Dalam manuskrip Yunani purba, perkataan yang hampir dengan Paracletos adalah Periclytos. Dalam bahasa Inggeris, Periclytos bermaksud illustrious, glorious and praised atau ‘dia yang terpuji’. Hal ini sangat selari dengan pengertian kalimat Himdah dan Ahmad kerana kedua-duanya juga bermaksud ‘dia yang terpuji’. Pengertian ini sangat selari dengan nama Nabi Muhammad.

Kedatangan “Shiloh” yang ditunggu-tunggu
Dalam King James Version of the Bible disebutkan bahawa:
“The sceptre shall not depart from Judah, nor a lawgiver from between his feet, until Shiloh come; and unto him shall the gathering of the people be.” ― Genesis 49:10
Terjemahannya mengikut Bible Indonesia Alkitab (1993) adalah:
“Tongkat kerajaan tidak akan lepas dari Yehuda, sampai Dia yang berhak atasnya datang, iaitu Dia yang akan ditaati oleh semua orang.” — Kejadian 49:10
Kalimat Ibrani yang perlu diberikan perhatian dalam ayat di atas adalah Shiloh. Mengikut Reverend David Benjamin Keldani dalam bukunya Muhammad in the Bible disebutkan bahawa kalimat ini bermaksud seseorang yang mempunyai kuasa untuk menjatuhkan sesuatu hukuman dan seseorang yang tenang, damai serta boleh dipercayai. Maksud ini sangat selari dengan diri Nabi Muhammad. Baginda mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman ke atas kaumnya. Baginda juga datang dengan membawa ajaran dan undang-undang baru untuk seluruh umat manusia.
Penganut Kristian mendakwa bahawa ayat di atas merujuk kepada Yesus. Hal ini ternyata salah kerana Yesus tidak berhak menjatuhkan hukuman tertentu ke atas kaumnya. Dalam kitab Injil, banyak kisah-kisah yang menunjukkan bahawa Yesus tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menjatuhkan sesuatu hukuman. Kedatangan Yesus juga tidak membawa ajaran, syariat dan undang-undang baru dari Tuhan. Beliau hanya meneruskan undang-undang Nabi Musa sahaja dengan berpandukan kitab Taurat. Dalam Injil Matius 5:17 menyebutkan bahawa, “Janganlah menganggap bahawa Aku datang untuk menghapuskan Taurat Musa dan ajaran nabi-nabi. Aku tidak datang untuk menghapuskannya, tetapi Aku datang supaya semua ajaran itu berlaku.”
Baginda juga sememangnya seorang yang tenang kerana dalam banyak situasi dan proses menyelesaikan sebarang masalah dan persengketaan, baginda tidak mewarisi sikap kaum lelaki Arab pada masa itu yang panas baran, pemarah dan suka membuat keputusan secara terburu-buru tanpa memikirkan kesan dan akibatnya. Baginda juga adalah seorang yang damai kerana tidak suka melakukan sesuatu perkara yang boleh mencetuskan bibit-bibit pertikaian dan perbalahan sesama sendiri. Hal ini terbukti dalam peristiwa perletakan Hajar al-Aswad. Dengan kebijaksanaan baginda, perbalahan kaum yang serius dapat dielakkan. Baginda juga digelar dengan al-Amin yang bermaksud seseorang yang boleh dipercayai. Gelaran ini diberikan oleh orang Arab Quraisy kerana mereka mengenali baginda sebagai seorang yang amanah dan boleh dipercayai. Hal ini sangat menepati pengertian kalimat Shiloh.
Shiloh yang bakal muncul ini akan menjadikan bangsa-bangsa tunduk dan takluk kepadanya serta akan ditaati oleh semua orang. Dengan perkataan lain, Shiloh diutuskan kepada semua umat manusia dan bukannya kepada satu-satu kelompok atau kaum tertentu sahaja. Sekali lagi Nabi Muhammad menepatinya kerana baginda memang diutuskan kepada seluruh umat manusia. Kedatangan baginda adalah sebagai rahmat bagi semesta alam. Hal ini menepati maksud firman Allah, “Dan Kami tidak mengutus kamu (wahai Muhammad), melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.” (Saba’ 34:28). Juga dinyatakan di dalam nas berikut, “Dan tiadalah Kami mengutus kamu (wahai Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.” (Al-Anbiya’ 21:107).
Sebaliknya, Yesus pula hanya diutuskan kepada kaum Israil atau Yahudi sahaja. Hal ini sangat bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud, “Dan (ingatlah) ketika Isa putera Maryam berkata, “Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu…” (As-Saff 61:6). Kitab Injil turut menyokong kenyataan al-Quran ini apabila Yesus sendiri berkata, “Aku diutus hanya kepada orang Israel yang seperti domba yang sesat.” (Matius 15:24).

Seorang hamba Tuhan
Dalam New King James Version of the Bible disebutkan bahawa:
“Behold! My Servant whom I uphold, My Elect One in whom My soul delights! I have put My Spirit upon Him; He will bring forth justice to the Gentiles. He will not cry out, nor raise His voice, Nor cause His voice to be heard in the street. A bruised reed He will not break, And smoking flax He will not quench; He will bring forth justice for truth. He will not fail nor be discouraged, Till He has established justice in the earth; And the coastlands shall wait for His law.” ― Isaiah 42:1-4
Terjemahannya mengikut Bible Malaysia Alkitab (1996) adalah:
“TUHAN berfirman, ‘Inilah hamba-Ku, yang telah Kukuatkan; seorang yang telah Kupilih, dan yang menyenangkan hati-Ku. Kuasa-Ku telah Kuberikan kepadanya, dia akan membawa keadilan kepada setiap bangsa. Dia tidak akan berteriak ataupun menyaringkan suaranya, dan suaranya tidak akan terdengar di jalan. Dia tidak akan mematahkan buluh halus yang terkulai, ataupun memadamkan pelita yang kelap-kelip. Dia akan mendatangkan keadilan kepada semua orang. Dia tidak akan kehilangan semangat atau putus asa sehingga dia menegakkan keadilan di bumi. Negeri-negeri yang jauh menanti-nantikan ajarannya.” — Yesaya 42:1-4
Ayat di atas menjelaskan bahawa Tuhan akan membangkitkan seorang nabi akhir zaman yang akan menjadi hamba Tuhan. Yesus bukanlah hamba Tuhan yang dimaksudkan. Pada hari ini, jutaan masyarakat Kristian menerima Yesus sebagai ‘anak Tuhan’ dan juga ‘Tuhan’. Mereka menjadikan Yesus orang tengah ketika berdoa dengan Tuhan. Perbuatan seperti ini jelas sekali menunjukkan bahawa orang Kristian sendiri tidak menganggap Yesus sebagai hamba Tuhan. Hal ini berbeza dengan Nabi Muhammad, orang Islam menganggap baginda sebagai manusia biasa yang berpangkat nabi dan rasul. Jutaan Muslim seluruh dunia tidak menyembah Nabi Muhammad sebagaimana orang Kristian menyembah Yesus. Justeru, ayat ‘Inilah hamba-Ku’ yang terdapat pada awal ayat Bible di atas semestinya merujuk kepada Nabi Muhammad, bukannya Yesus.
‘Dia akan membawa keadilan kepada setiap bangsa’ amat selari dengan Nabi Muhammad kerana baginda tidak diutuskan hanya kepada sesuatu kaum, tetapi kepada seluruh manusia. Al-Quran menjelaskan, “Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya…” (Saba’ 34:28). Hal ini sangat berbeza dengan Yesus kerana beliau hanya diutuskan kepada bangsa Israil semata-mata. Injil menegaskan, “Yesus berkata kepada wanita itu, ‘Aku diutus hanya kepada orang Israel yang seperti domba yang sesat.’” (Matius 15:24). Hal yang sama dinyatakan sebagai berikut, “Yesus mengutus dua belas orang rasul itu dengan petunjuk seperti berikut, ‘Janganlah pergi ke daerah orang bukan Yahudi atau bandar orang Samaria. Pergilah kepada orang Israel, yang seperti domba yang sesat.’” (Matius 10:5-6). Justeru, ayat Bible di atas sangat menepati Nabi Muhammad yang diutuskan kepada semua manusia, bukannya Yesus yang hanya diutuskan kepada Bani Israil semata-mata.
Ayat ‘Dia tidak akan mematahkan buluh halus yang terkulai, ataupun memadamkan pelita yang kelap-kelip’ amat bertepatan dengan sifat peribadi Nabi Muhammad. Ayat ini merupakan kiasan yang menggambarkan seseorang yang tidak berdendam dengan mana-mana pihak. Ketika berlaku penaklukan kota Mekah, nabi bersama dengan 10,000 orang sahabat baginda memasuki kota suci tersebut dan meruntuhkan 360 buah berhala di sekeliling Kaabah. Selepas Mekah berjaya dikuasai umat Islam, golongan kafir Quraisy berhimpun menantikan tindakan yang akan diambil oleh Nabi Muhammad terhadap mereka yang menindas orang Islam selama ini. Namun baginda memaafkan semua perbuatan mereka. Hal ini sudah tentu membuktikan bahawa nabi tidak pernah berdendam dengan mana-mana pihak, sekalipun pihak tersebut telah melakukan pelbagai tindakan kejam terhadapnya.
Satu lagi sifat Nabi Muhammad yang amat mengagumkan sebagai seorang pendakwah unggul adalah tidak pernah mengeluh dan menyesal dengan segala malapetaka yang menimpa dirinya. Ketika Abu Talib, bapa saudara baginda meminta baginda supaya berhenti menyebarkan dakwah Islam, baginda dengan tegas berkata, “Demi Allah wahai bapa saudaraku! Sekiranya mereka meletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku dengan maksud agar aku meninggalkan pekerjaan dakwah ini sehingga ia tersiar atau aku sendiri akan binasa kerananya, sesekali aku tidak akan menghentikan pekerjaan ini.” Hal ini bertepatan dengan ayat ‘Dia tidak akan kehilangan semangat atau putus asa sehingga dia menegakkan keadilan di bumi’.
Semangat kental ini tidak mungkin akan menyebabkan baginda mengeluh dengan nasib buruk yang menimpa dirinya. Hal inilah yang diisyaratkan oleh ayat ‘dia tidak akan berteriak ataupun menyaringkan suaranya’. Namun Bible menceritakan Yesus pernah mengeluh dan menangisi nasib buruk yang menimpa dirinya, “Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, ‘Hati-Ku sedih sekali sehingga Aku hendak mati rasanya. Tinggallah di sini dan berjagalah dengan Aku.’ Yesus pergi lebih jauh sedikit lalu meniarap di tanah dan berdoa, ‘Ya Bapa, jika boleh, jauhkanlah cawan penderitaan ini daripada-Ku! Tetapi janganlah turut kehendak-Ku, melainkan kehendak Bapa sahaja.’” (Matius 26:38-39). Malah ketika Yesus disalib, beliau kesal kerana dibiarkan seorang diri di palang salib, “Ya Allah-Ku, ya Allah-Ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku?” (Matius 27:46).

Mempersiapkan jalan Tuhan
Dalam King James Version of the Bible disebutkan bahawa:
“Behold, I will send my messenger, and he shall prepare the way before me: and the Lord, whom ye seek, shall suddenly come to his temple, even the messenger of the covenant, whom ye delight in: behold, he shall come, saith the LORD of hosts.” ― Malachi 3:1
Terjemahannya mengikut Bible Malaysia Alkitab (1996) adalah:
“TUHAN Yang Maha Kuasa menjawab, “Aku akan mengirim utusan-Ku untuk menyediakan jalan bagi-Ku. Lalu dengan tiba-tiba Tuhan yang kamu cari, akan datang ke Rumah TUHAN. Utusan-Ku yang kamu nanti-nantikan itu akan datang dan mengisytiharkan perjanjian-Ku.” — Maleakhi 3:1
Orang Kristian percaya bahawa ayat di atas merujuk kepada Nabi Yahya yang sebut sebagai John the Baptist atau Yohanes Pembaptis. Namun benarkah dakwaan mereka? Mengikut buku Muhammad in the Bible tulisan Reverend David Benjamin Keldani, dalam bahasa Ibrani ayat di atas berbunyi, “Hineni soleha maleak I ufinna derek e lefanay ufite om yabow el-hek alow ha adown aser-atem meb aqesim umae ak e haberit aser atem hafesim hinneh-b a amar Yehwa Sabaowt.” Kalimat Ibrani yang perlu difokuskan ialah ufinna derek yang bermaksud ‘akan meluruskan dan membersihkan ibadat atau agama’.
Peranan ini tidak akan hanya dilakukan untuk orang Kristian atau Yahudi semata-mata tetapi untuk seluruh umat manusia. Justeru, siapakah nabi yang diutuskan untuk umat manusia seluruhnya? Sudah tentulah Nabi Muhammad. Penganut Kristian menyatakan bahawa Tuhan itu tiga, mereka menjadikan Yesus sebagai orang tengah dalam beribadat kepada Tuhan. Bahkan mereka mengatakan bahawa Yesus adalah anak Tuhan. Begitu juga dengan orang Yahudi yang menganggap Nabi Uzair (Ezra) sebagai anak Tuhan. Justeru, Nabi Muhammad diutuskan oleh Allah untuk membetulkan kesemua kepercayaan syirik ini. Oleh itu, bagindalah yang diisyaratkan oleh ayat Bible di atas sebagai memenuhi peranan ufinna derek tersebut.
Ayat di atas juga ada menyebutkan bahawa ‘Aku akan mengirim utusan-Ku’ atau dengan kata lain, ayat ini menjelaskan bahawa pada akhir zaman nanti, Allah akan mengutus seorang hamba-Nya kepada umat manusia. Perbahasan sebelum ini sudah menjelaskan bahawa ‘hamba Tuhan’ adalah Nabi Muhammad dan bukannya Yesus. Hal ini kerana, penerimaan kedua-duanya oleh manusia sangat berbeza. Yesus dianggap sebagai anak Tuhan manakala Nabi Muhammad sebagai seorang manusia biasa yang berpangkat nabi. Justeru, siapakah yang lebih layak untuk memenuhi gelaran ‘hamba Tuhan’ atau ‘utusan-Ku’ itu? Nabi tersebut akan menyediakan jalan bagi Tuhan. Ayat ini merupakan kiasan yang menggambarkan seseorang yang ditugaskan untuk membawa ajaran baru dari Tuhan dan sekali lagi ia menepati Nabi Muhammad sedangkan Yesus hanya meneruskan undang-undang Nabi Musa sahaja.
Amat menarik untuk dinyatakan, nabi yang bakal dibangkitkan itu akan datang ke Rumah Tuhan secara tiba-tiba dan kedatangannya akan membawa perjanjian daripada Tuhan. Apakah maksud perjanjian Tuhan tersebut? Ia adalah ayat al-Quran berikut, “Katakanlah, ‘Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap.’ Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.” (Al-Isra’ 17:81). Tuhan berjanji akan melenyapkan kebatilan kerana sesuatu yang batil itu sudah semestinya akan lenyap. Nabi Muhammad memasuki kota Mekah bersama-sama 10,000 orang sahabat baginda dan telah meruntuhkan 360 buah berhala di sekeliling Kaabah. Ketika memusnahkan berhala-berhala ini, nabi membacakan ayat al-Quran di atas.
Justeru, bagindalah yang dirujuk sebagai utusan Tuhan yang akan mengisytiharkan perjanjian Tuhan dan akan datang ke Rumah Tuhan (Kaabah) dengan membawa kebenaran dan meruntuhkan kebatilan. Allah berfirman, “Sesungguhnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil, lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta-merta yang batil itu lenyap.” (Al-Anbiya’ 21:18).

Datang dari Paran bersama 10,000 pengikut
Dalam King James Version of the Bible disebutkan bahawa:
“And he said, The LORD came from Sinai, and rose up from Seir unto them; he shined forth from mount Paran, and he came with ten thousands of saints: from his right hand went a fiery law for them.” ― Deuteronomy 33:2
Terjemahannya mengikut Bible Indonesia Alkitab (1993) adalah:
“Berkatalah ia: TUHAN datang dari Sinai dan terbit kepada mereka dari Seir; Ia tampak bersinar dari pergunungan Paran dan datang dari tengah-tengah puluhan ribu orang yang kudus; di sebelah kanan-Nya tampak kepada mereka api yang menyala.” — Ulangan 33:2
Ayat di atas menceritakan tentang penyampaian ajaran Tuhan oleh tiga orang nabi agung. Ia bermula dengan Nabi Musa yang begitu sinonim dengan Sinai kerana di situlah tempat beliau menerima wahyu daripada Tuhan. Kemudian ia akan diteruskan oleh Yesus berdasarkan kalimat Seir. Kalimat asalnya adalah Sa’ir, suatu tempat yang berdekatan dengan Jerusalem, tempat beliau dilahirkan. Akhir sekali, ajaran Tuhan akan disempurnakan oleh seorang nabi yang akan muncul dari pergunungan Paran. Justeru, siapakah nabi yang akan muncul dari pergunungan Paran itu?
Untuk menjawab persoalan ini, Reverend David Benjamin Keldani di dalam bukunya Muhammad in the Bible menukilkan, “Dalam konteks ini, dia yang terpilih dikiaskan dengan matahari. Dia bakal datang dari Sinai, terbit dari Seir dan kemudiannya bercahaya dengan sempurna dari Paran. Dia kemudiannya akan muncul bersama-sama dengan sepuluh ribu orang-orang yang suci dengan membawa undang-undang yang tegas laksana api di tangan kanannya. Golongan Yahudi termasuk Yesus tidak mempunyai sebarang kaitan dengan tempat yang bernama Paran. Namun, Siti Hajar bersama anaknya Ismail telah merantau di bumi Beersheba dan kemudian menetap di Paran… Apabila Muhammad dapat dihubungkaitkan dengan keturunan Ismail melalui (anaknya yang bernama) Kedar dan dilantik menjadi rasul di Paran serta kemudiannya memasuki Mekah bersama-sama dengan 10,000 pengikut setianya dan melaksanakan undang-undang bagi seluruh umat manusia, tidakkah ia menampakkan dengan jelas bahawa kenyataan Bible ini terlaksana secara tepat ke atas diri Muhammad?”
Paran atau Faron dalam bahasa Arab merupakan tempat menetap Nabi Ismail seperti yang disebutkan dalam Bible bab Kejadian 21:20, “Allah menyertai Ismael. Anak itu bertambah besar; dia tinggal di padang gurun Paran dan menjadi pemburu yang mahir.” Di tempat yang bernama Paran ini Siti Hajar dan anaknya Ismail ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim kerana baginda diperintahkan untuk melaksanakan suatu urusan yang ditetapkan oleh Allah. Pada masa itu, Siti Hajar yang sudah kehabisan sumber air untuk memberi anaknya minum memohon pertolongan Allah dan doanya dikabulkan dengan dikurniakan sebuah telaga kepada mereka.
Kisah ini disebutkan dalam Revised Standard Version of the Bible pada bab Genesis 21:15-19, “When the water in the skin was gone, she cast the child under one of the bushes. Then she went, and sat down over against him a good way off, about the distance of a bowshot; for she said, “Let me not look upon the death of the child.” And as she sat over against him, the child lifted up his voice and wept. And God heard the voice of the lad; and the angel of God called to Hagar from heaven, and said to her, “What troubles you, Hagar? Fear not; for God has heard the voice of the lad where he is. Arise, lift up the lad, and hold him fast with your hand; for I will make him a great nation.” Then God opened her eyes, and she saw a well of water; and she went, and filled the skin with water, and gave the lad a drink.”
Terjemahan mengikut Bible Malaysia Alkitab (1996) adalah, “Apabila air di dalam kirbat (kantung air) sudah habis, Hagar meletakkan anaknya di bawah belukar, lalu pergi duduk kira-kira 100 meter dari tempat itu. Dia berkata dalam hati, “Aku tidak sanggup melihat anakku mati.” Lalu dia menangis. Allah mendengar suara Ismael dan dari langit, malaikat Allah berkata kepada Hagar, “Apakah yang engkau susahkan, Hagar? Janganlah takut. Allah sudah mendengar tangisan anakmu. Pergilah kepada anakmu, angkatlah dan tenangkanlah dia. Aku akan menjadikan keturunannya suatu bangsa yang besar.” Kemudian Allah membuka mata Hagar sehingga dia nampak sebuah perigi. Oleh itu dia pergi mengisi kirbat itu dengan air, kemudian dia memberikan minuman kepada anaknya.” (Kejadian 21:15-19).
Dalam buku Muhammad in the Bible dijelaskan bahawa Paran sebenarnya adalah Mekah dan di situ memang terdapat sebuah perigi yang dikenali sebagai telaga ‘zam-zam’ kurniaan Allah kepada Siti Hajar dan Ismail, anaknya. Telaga ini masih lagi wujud hingga kini. Nabi Muhammad berasal daripada bumi yang sama. Selepas 13 tahun menyebarkan Islam di Mekah, baginda terpaksa berhijrah ke Madinah. Lebih kurang 8 tahun selepas berhijrah, pada hari penaklukan kota Mekah, baginda kembali memasuki dan menguasai kota suci itu bersama-sama dengan 10,000 orang sahabat-sahabatnya. Nabi Muhammad menegakkan undang-undang Islam dengan mendirikan sebuah negara Islam pertama di Madinah yang berdaulat. Sebaliknya, Yesus bukan berasal dari bumi Paran dan beliau juga tidak pernah datang dengan membawa undang-undang atau syariat baru. Beliau sekadar meneruskan syariat yang dilaksanakan oleh Nabi Musa seperti yang disebutkan dalam Injil, “Janganlah menganggap bahawa Aku datang untuk menghapuskan Taurat Musa dan ajaran nabi-nabi. Aku tidak datang untuk menghapuskannya, tetapi Aku datang supaya semua ajaran itu berlaku.” (Matius 5:17).
Terdapat tokoh-tokoh ilmu Bible yang cuba menafsirkan kalimat ten thousands of saints sebagai ‘sepuluh ribu malaikat’. Hal ini ternyata salah kerana kalimat saints adalah perkataan yang sentiasa digunakan untuk merujuk kepada sifat manusia. Justeru, Bible Indonesia Alkitab menafsirkannya sebagai ‘puluhan ribu orang yang kudus’. Kalimat ten thousands atau ‘sepuluh ribu’ sangat selari dengan jumlah sahabat-sahabat Nabi Muhammad yang menguasai Mekah. Seperkara lagi yang hangat diperdebatkan adalah maksud sebenar kalimat ten thousands. Adakah ia bermaksud ‘satu jumlah yang besar iaitu puluhan ribu’ seperti yang disebutkan dalam Bible Indonesia Alkitab atau ‘sepuluh ribu’ secara mutlak? Apabila diterima maksudnya sebagai ‘satu jumlah yang besar iaitu puluhan ribu’, ia tetap tiada kaitan dengan Yesus kerana pengikut beliau yang dikenali sebagai apostles di dalam Injil hanya berjumlah 12 orang sahaja. Sebaliknya, pengikut-pengikut setia Nabi Muhammad iaitu para sahabat baginda berjumlah puluhan ribu orang.
Apabila kita merujuk kepada tulisan Bible yang asal dalam bahasa Ibrani, kalimat asal yang digunakan untuk terjemahan kalimat ten thousands adalah rbabah. Tokoh-tokoh dari Institute of Creation Research yang dianggotai oleh tokoh-tokoh Kristian daripada pelbagai bidang menegaskan, “Perkataan rbabah dalam bahasa Ibrani dapat difahamkan sebagai 10,000 secara mutlak ataupun satu jumlah yang besar.” Berdasarkan hal ini, tafsiran ten thousands sebagai ‘sepuluh ribu’ secara mutlak adalah selari dengan kehendak Bible dalam bahasa Ibrani seperti yang disebutkan oleh tokoh-tokoh dari Institute of Creation Research.
Ayat Bible ‘tampak bersinar dari pergunungan Paran’ sangat selari dengan Nabi Muhammad. Baginda menerima wahyu pertama di Gua Hira dan itulah dimaksudkan dengan pergunungan Paran, iaitu salah satu gunung atau bukit di Mekah. Malah jika ditinjau dari segi geografi, memang sudah diketahui bahawa Mekah dikelilingi dengan gunung-ganang di sekelilingnya. Nabi Muhammad adalah penghulu bagi nabi-nabi dan rasul dengan membawa satu ajaran yang lengkap dan sempurna iaitu Islam. Undang-undang yang dibawa berjaya ditegakkan melalui rang undang-undang yang dikenali sebagai Piagam Madinah. Hal inilah yang dimaksudkan dengan ayat ‘di sebelah kanan-Nya tampak kepada mereka api yang menyala’. Ayat Bible ‘dan datang dari tengah-tengah puluhan ribu orang yang kudus’ pula selari dengan 10,000 sahabat baginda yang berjaya membebaskan kota Mekah daripada belenggu syirik pada hari Jumaat, 10 Ramadan tahun ke-8 Hijrah.
Selepas kota Mekah jatuh ke tangan umat Islam, golongan kafir Quraisy telah berhimpun untuk menantikan hukuman yang bakal dijatuhkan oleh Nabi Muhammad di atas segala perbuatan keji yang mereka lakukan selama ini. Kisah sejarah ini dipaparkan dengan jelas dalam New King James Version of the Bible pada bab Jude ayat 14 hingga 15, “Now Enoch, the seventh from Adam, prophesied about these men also, saying, “Behold, the Lord comes with ten thousands of His saints, to execute judgment on all, to convict all who are ungodly among them of all their ungodly deeds which they have committed in an ungodly way, and of all the harsh things which ungodly sinners have spoken against Him.” Terjemahan mengikut Bible Indonesia Alkitab (1993) adalah, “Juga tentang mereka Henokh, keturunan ketujuh dari Adam, telah bernubuat, katanya: “Sesungguhnya Tuhan datang dengan beribu-ribu orang kudus-Nya, hendak menghakimi semua orang dan menjatuhkan hukuman atas orang-orang fasik kerana semua perbuatan fasik, yang mereka lakukan dan kerana semua kata-kata nista, yang diucapkan orang-orang berdosa yang fasik itu terhadap Tuhan.” (Yudas, ayat 14 hingga 15).
Sekali lagi ayat ‘beribu-ribu orang kudus-Nya’ digunakan dalam ayat di atas. Sesiapa yang mengkaji sejarah Nabi Muhammad akan menyedari bahawa kisah yang dipaparkan ini sangat selari dengan sejarah baginda dan 10,000 orang sahabatnya semasa mereka menakluki kota Mekah demi menegakkan kebenaran dan meruntuhkan kebatilan serta kefasikan. Selepas kota Mekah berada di bawah kekuasaan tentera Islam, golongan kafir Quraisy berasa gelisah menantikan hukuman yang bakal dijatuhkan oleh Nabi Muhammad ke atas mereka. Namun, baginda mengampunkan kesemua kesalahan mereka dan ini merupakan salah satu tanda kenabian yang ada pada diri baginda. Justeru, kisah yang dipaparkan oleh Bible ini tidak ada kaitan langsung dengan sejarah hidup Yesus.

Datang dari Paran dan terpuji di dunia
Dalam King James Version of the Bible disebutkan bahawa:
“God came from Teman, and the Holy One from mount Paran. Selah. His glory covered the heavens, and the earth was full of his praise.” ― Habakkuk 3:3
Terjemahannya mengikut Bible Indonesia Alkitab (1993) adalah:
“Allah datang dari negeri Teman dan Yang Maha Kudus dari pegunungan Paran. Sela. Keagungan-Nya menutupi segenap langit, dan bumi pun penuh dengan pujian kepada-Nya.” — Habakuk 33:2
Sudah dimaklumi bahawa Paran adalah tempat menempat Nabi Ismail sebagaimana yang dinyatakan dalam Bible dan di tempat ini juga Nabi Muhammad dilahirkan. Allah berjanji akan menganugerahkan satu kemuliaan dan kedudukan yang tinggi kepada Nabi Ismail dan keturunan beliau. Mengikut King James Version of the Bible disebutkan, “And God heard the voice of the lad; and the angel of God called to Hagar out of heaven, and said unto her, What aileth thee, Hagar? fear not; for God hath heard the voice of the lad where he is. Arise, lift up the lad, and hold him in thine hand; for I will make him a great nation.” (Genesis 21:17-18). Terjemahannya mengikut Bible Malaysia Alkitab (1996) adalah, “Allah mendengar suara Ismael dan dari langit lalu malaikat Allah berkata kepada Hagar, “Apakah yang engkau susahkan, Hagar? Janganlah takut. Allah sudah mendengar tangisan anakmu. Pergilah kepada anakmu, angkatlah dan tenangkanlah dia. Aku akan menjadikan keturunannya suatu bangsa yang besar.” (Kejadian 21:17-18).
Nabi Muhammad berasal daripada keturunan Nabi Ismail sedangkan Yesus daripada keturunan Nabi Ishak. Keturunan Nabi Ismail melahirkan bangsa Arab manakala keturunan Nabi Ishak melahirkan bangsa Yahudi. Ayat Bible di atas menjelaskan tentang suatu kemuliaan besar yang bakal dimahkotakan Tuhan kepada bangsa Arab daripada keturunan Nabi Ismail. Kenyataan ini diperkukuhkan lagi dengan dalil yang lain sebagaimana yang terdapat dalam New King James Version of the Bible pada bab Isaiah 60:6-7, “The multitude of camels shall cover your land, The dromedaries of Midian and Ephah; All those from Sheba shall come; They shall bring gold and incense, And they shall proclaim the praises of the LORD. All the flocks of Kedar shall be gathered together to you, The rams of Nebaioth shall minister to you; They shall ascend with acceptance on My altar, And I will glorify the house of My glory.”
Terjemahan mengikut Bible Indonesia Alkitab (1993) adalah, “Sejumlah besar unta akan menutupi daerahmu, unta-unta muda dari Midian dan Efa. Mereka semua akan datang dari Syeba, akan membawa emas dan kemenyan, serta memberitakan perbuatan masyhur TUHAN. Segala kambing domba Kedar akan berhimpun kepadamu, domba-domba jantan Nebayot akan tersedia untuk ibadahmu; semuanya akan dipersembahkan di atas mezbah-Ku sebagai korban yang berkenan kepada-Ku, dan Aku akan menyemarakkan rumah keagungan-Ku.” (Yesaya 60:6-7).
Perkataan-perkataan penting berdasarkan ayat Bible di atas adalah ‘unta’, ‘Kedar’ dan ‘rumah keangungan-Ku’. ‘Unta’ merupakan kenderaan penting bagi orang-orang Arab khususnya mereka yang hidup di padang pasir. ‘Kedar’ pula adalah salah seorang anak Nabi Ismail dan daripada keturunan Kedar inilah lahirnya bangsa Quraisy yang menetap dan berkuasa di bumi Mekah. ‘Rumah keagungan-Ku’ pula merujuk kepada Kaabah yang terdapat di Mekah, iaitu rumah keagungan Allah yang dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Setiap tahun pada musim ibadat haji, kira-kira tiga juta umat Islam akan berkumpul di Mekah untuk mengerjakan ibadat. Hal inilah yang dimaksudkan oleh ayat ‘dan Aku akan menyemarakkan rumah keagungan-Ku’.
Ayat di atas sebenarnya menunjukkan kemuliaan pada akhir zaman yang akan diberikan kepada keturunan Nabi Ismail dari kalangan bangsa Arab. Hal ini ternyata terlaksana apabila Nabi Muhammad diutuskan oleh Allah sebagai nabi agung akhir zaman. Semasa memberikan komentar mengenai perkara ini, laman web Bibleinfo.com di bawah tajuk What Does the Bible say about Muslim/Islam menyebutkan, “Abraham (Ibrahim) diberikan satu jaminan istimewa daripada Tuhan bahawa keturunan anaknya yang bernama Ismael akan menjadi satu bangsa yang hebat. Keturunan Abraham melaluinya anak Ismael akan membawa puji-pujian di Rumat Ibadat Tuhan. Keturunan Ismael diberikan bumi di sebelah timur dan daripada mereka inilah lahirnya bangsa Arab. Muhammad, nabi dan rasul bagi umat Islam adalah berasal daripada keturunan Ismael dan semua perkara ini telah disebutkan di dalam kitab Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru.”
Berdasarkan semua ini, apabila Bible menyebutkan tentang kemuliaan dan kesucian yang datang dari pergunungan Paran sebagaimana yang dicatatkan dalam bab Habakuk 3:3 di atas, ia sebenarnya menceritakan tentang kemuliaan yang bakal dianugerahkan kepada bangsa Arab melalui keturunan Nabi Ismail. Alasannya mudah, keturunan Nabi Ismail dari kalangan bangsa Arab sememangnya berasal daripada bumi Paran atau Mekah sebagaimana yang disebutkan dalam bab Kejadian fasal 21 ayat 20. Nabi Muhammad adalah daripada keturunan Nabi Ismail dan baginda berbangsa Arab. Justeru, perutusan Nabi Muhammad sebagai rasul akhir zaman membenarkan segala ramalan yang dibuat oleh Bible. Baginda adalah ‘cahaya sempurna’ sebenar yang akan muncul dari Paran dan kedatangannya dinanti-nantikan oleh semua umat manusia. Bukti-bukti ini diperkukuhkan lagi dengan ayat and the earth was full of his praise atau ‘dan bumi pun penuh dengan pujian kepada-Nya’ kerana kalimat ‘Muhammad’ juga bermaksud glorious and praised atau ‘dia yang terpuji’.

Kejadian di bumi Arab dan penghijrahan ke Tema
Dalam King James Version of the Bible disebutkan bahawa:
“The burden upon Arabia. In the forest in Arabia shall ye lodge, O ye travelling companies of Dedanim. The inhabitants of the land of Tema brought water to him that was thirsty, they prevented with their bread him that fled. For they fled from the swords, from the drawn sword, and from the bent bow, and from the grievousness of war.” ― Isaiah 21:13-15
Terjemahannya mengikut Bible Malaysia Alkitab (1996) adalah:
“Inilah perkhabaran TUHAN tentang Arab. Hai orang Dedan, kafilah-kafilah kamu berkhemah di Arab, tanah yang gersang itu. Hai orang Tema, berikanlah minuman kepada orang kehausan yang datang kepada kamu, dan berikanlah makanan kepada orang pelarian. Lihatlah, orang lari daripada pedang yang terhunus, daripada busur yang dilenturkan, dan daripada peperangan.” — Yesaya 21:13-15
Ayat di atas menceritakan tentang kejadian yang bakal berlaku di bumi Arab di mana segolongan manusia ditindas dengan dahsyat sehingga menyebabkan mereka terpaksa berhijrah ke Tema bagi mendapatkan petolongan di sana. Mengikut J. Hastings dalam Dictionary of the Bible pada halaman 897 menjelaskan bahawa Tema adalah nama salah seorang anak Nabi Ismail. Justeru, kisah yang wujud di dalam Bible mengenai Tema berkait rapat dengan keturunan Nabi Ismail di bumi Arab. Seterusnya, J. Hastings menyebutkan, Tema juga adalah nama bagi sebuah tempat yang pada hari ini terletak di sebelah utara Madinah di bahagian barat Semenanjung Tanah Arab.
Ayat ini sangat selari dengan penghijrahan Nabi Muhammad dan para pengikut baginda ke Madinah selepas mereka ditindas dengan kejam oleh golongan kafir Quraisy di bumi Mekah selama 13 tahun. Di Madinah, mereka mendapat bantuan dan pembelaan sewajarnya sehingga akhirnya tertegak sebuah negara Islam yang berdaulat di sana. Tafsiran J. Hastings ini menunjukkan wujudnya kaitan antara ayat Bible ini dengan peristiwa hijrah Nabi Muhammad ke Madinah. Yesus tidak mampunyai sebarang kaitan dengan Tema kerana beliau adalah daripada keturunan Nabi Ishak. Beliau juga tidak pernah berhijrah ke mana-mana apatah lagi di bumi Arab di sebelah utara Madinah. Justeru, ayat ini lebih menepati sejarah perjuangan Nabi Muhammad yang berhijrah ke Madinah demi menegakkan ajaran Tuhan yang suci.

Keturunan Kedar akan dikalahkan
Dalam King James Version of the Bible disebutkan bahawa:
“For thus hath the Lord said unto me, Within a year, according to the years of an hireling, and all the glory of Kedar shall fail: And the residue of the number of archers, the mighty men of the children of Kedar, shall be diminished: for the LORD God of Israel hath spoken it.” ― Isaiah 21:16-17
Terjemahannya mengikut Bible Indonesia Alkitab (1993) adalah:
“Sebab beginilah firman Tuhan kepadaku: “Dalam setahun lagi, menurut masa kerja perajurit upahan, maka segala kemuliaan Kedar akan habis. Dan dari pemanah-pemanah yang gagah perkasa dari bani Kedar, akan tinggal sejumlah kecil saja, sebab TUHAN, Allah Israel, telah mengatakannya.” — Yesaya 21:16-17
Ayat di atas adalah sambungan kisah penghijrahan ke Tema di bumi Arab sebagaimana yang disebutkan sebelum ini. Berhubung dengan Kedar, pengkaji-pengkaji Islam dan Kristian mengesahkan bahawa Kedar atau Qaidhar adalah anak Nabi Ismail. Ibnu Athir di dalam bukunya Al-Kamil fit Tarikh menukilkan, “Kemudian Nabi Ismail mengahwini Saidah binti Madhadh al-Jurhami dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan 12 orang cahaya mata iaitu Nabat, Qaidhar, Uzail, Misya, Masma’, Rima, Masy, Aazar, Qathura, Fakas, Thumayya dan Qidman. Daripada kedua-dua anak Nabi Ismail yang bernama Nabat dan Qaidhar ini lahirlah bangsa Arab.” Hal yang sama turut direkodkan di dalam Bible, “Abraham mempunyai dua orang anak lelaki, Ishak dan Ismael. Anak-anak lelaki Ismael menjadi ketua dua belas suku: Nebayot yang sulung, lalu Kedar, Adbeel, Mibsam, Misma, Duma, Masa, Hadad, Tema, Yetur, Nafis, dan Kedma.” (1 Tawarikh 1:28).
A.S. Fulton dalam The International Standard Bible Encyclopedia menulis, “Berbanding kabilah-kabilah daripada keturunan Ismail, Kedar dapat dianggap sebagai yang terpenting dan pada zaman-zaman yang kemudiannya, nama itu dikaitkan dengan seluruh kabilah Arab di padang pasir. Daripada keturunan Kedar ini, para pengkaji Muslim mengaitkan keturunan Nabi Muhammad kepada Nabi Ismail.” Salah satu kabilah yang lahir daripada keturunan Kedar adalah bangsa Quraisy yang begitu berpengaruh di kota Mekah. Kabilah Quraisy banyak menentang Nabi Muhammad sehingga berlakunya hijrah ke Madinah dan Perang Badar. Ayat Bible within a year, according to the years of an hireling, and all the glory of Kedar shall fail atau ‘dalam setahun lagi, menurut masa kerja perajurit upahan, maka segala kemuliaan Kedar akan habis’ sangat sinonim dengan sejarah Perang Badar, kerana ia berlaku pada tahun ke-2 Hijrah, lebih kurang setahun selepas Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah.
Peperangan ini dimenangi oleh umat Islam dan pemuka-pemuka Quraisy yang terbunuh dalam peperangan ini adalah seramai 70 orang termasuklah Abu Jahal. Inilah yang dimaksudkan dengan ayat ‘maka segala kemuliaan Kedar akan habis’ atau and all the glory of Kedar shall fail. Kisah ini sangat selari dengan kisah pernghijrahan Nabi Muhammad dan peristiwa Perang Badar. Sebaliknya Yesus tidak mempunyai kaitan sama sekali dengan mana-mana anak Nabi Ismail termasuklah Kedar dan beliau juga tidak pernah berperang dengan mana-mana keturunan termasuklah keturunan Kedar.

Nabi yang “ummi”
Dalam King James Version of the Bible disebutkan bahawa:
“And the book is delivered to him that is not learned, saying, Read this, I pray thee: and he saith, I am not learned.” ― Isaiah 29:12
Terjemahannya mengikut Bible Indonesia Alkitab (1993) adalah:
“Dan apabila kitab itu diberikan kepada seorang yang tidak dapat membaca dengan mengatakan: “Baiklah baca ini,” maka ia akan menjawab: “Aku tidak dapat membaca.” — Yesaya 21:16-17
Nabi Muhammad adalah seorang yang ummi. Ummi bermaksud tidak tahu membaca dan menulis. Semasa berumur 40 tahun, baginda mengasingkan diri atau bertahannuth di Gua Hira’. Di situlah baginda didatangi oleh malaikat Jibril yang menyuruh baginda supaya membaca. Baginda menjawab, “Aku tidak tahu membaca.” Sebanyak tiga kali Jibril mengulangi suruhan yang sama dan baginda tetap memberikan jawapan yang serupa. Namun pada kali yang terakhir baginda berkata, “Apa yang perlu aku baca?”
Maka turunlah wahyu pertama kepada baginda, “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Mulia.” (Al-‘Alaq 96:1-3). Ayat Bible yang diapaparkan ini sangat selari dengan dengan apa yang berlaku ke atas Nabi Muhammad yang ummi ketika baginda mengasingkan diri seorang diri di Gua Hira’ dan pada masa itu juga, wahyu pertama diturunkan kepada baginda. Sebaliknya, Yesus tidak pernah dikenali sebagai seorang yang ummi.
Baru-baru ini, seorang paderi Katolik Roma dari Sri Lanka iaitu Father George Anthony telah memeluk Islam. Beliau sudah menjalani latihan sebagai seorang paderi selama 10 tahun sebelum berkhidmat di Gereja Katumayaka, Sri Lanka. Antara ayat-ayat Bible yang mengagumkan beliau tentang kebenaran Nabi Muhammad dan ajaran Islam yang dibawa oleh baginda ialah ayat daripada bab Yesaya ini. Mengikut beliau, ayat ini jelas menunjukkan kebenaran Nabi Muhammad sebagai rasul akhir zaman.

Bercakap dengan nama Tuhan
Dalam King James Version of the Bible disebutkan bahawa:
“And it shall come to pass, that whosoever will not hearken unto my words which he shall speak in my name, I will require it of him.” ― Deuteronomy 18:19
Terjemahannya mengikut Bible Malaysia Alkitab (1996) adalah:
“Nabi itu akan berkata-kata demi nama-Ku, dan Aku akan menghukum setiap orang yang tidak mahu taat kepadanya.” — Ulangan 18:19
Ayat Taurat di atas menceritakan seorang nabi yang bakal dibangkitkan pada akhir zaman. Antara sifat-sifat nabi itu adalah Tuhan akan memasukkan firman-firman-Nya ke dalam mulutnya supaya disampaikan kepada manusia dengan tepat sebagaimana yang diwahyukan kepadanya. Nabi itu akan menyampaikan firman-firman Tuhan dengan menggunakan nama Tuhan. Ramai penganut Kristian menjadikan ayat di atas sebagai dalil yang menunjukkan bahawa nabi akhir zaman yang dimaksudkan oleh ayat di atas adalah Yesus dan tidak akan muncul lagi nabi selepas beliau.
Hal ini boleh disangkal kerana Injil yang wujud sekarang ini bukanlah firman-firman Allah yang sebenarnya sebagaimana yang diwahyukan kepada Yesus. Injil hari ini adalah terdiri daripada ayat-ayat yang dikarang dan diolah oleh manusia biasa mengikut gaya mereka masing-masing. Sebagai contoh, dalam Bible terjemahan bahasa Inggeris, Injil sering dirujuk kepada penulisnya seperti The Gospel According to Matthew, The Gospel According to Mark, The Gospel According to Luke dan The Gospel According to John. Dalam Bible Alkitab Malaysia, ia dirujuk sebagai Injil Matius, Injil Markus, Injil Lukas dan Injil Yohanes. Namun, tidak ada satu pun yang disebut sebagai Injil Yesus atau Injil Isa al-Masih. Hal ini menunjukkan bahawa Injil yang ada kini bukanlah Injil yang diturunkan kepada Yesus tetapi sebuah kitab yang dikarang dan diolah oleh manusia biasa.
Contoh akurat lain, Lukas mengakui bahawa dia sendiri yang menulis Injil untuk disampaikan kepada orang lain, “Tetapi sekarang, Tuan Teofilus yang terhormat, saya sendiri telah menyelidiki semua peristiwa itu dari permulaannya, maka ada baiknya saya juga menulis satu laporan yang teratur untuk tuan.” (Lukas 1:3). Hal ini menunjukkan bahawa Injil sebenarnya ditulis oleh manusia dan bukannya firman Tuhan yang disampaikan kepada Yesus. Lebih-lebih lagi semua Injil ditulis selepas Yesus tiada.
Dalam Injil terdapat beberapa ayat yang saling bercanggah antara satu sama lain. Sebagai contoh, “Ketika Yesus dan pengikut-pengikut-Nya meninggalkan Yerikho, banyak orang mengikut mereka. Dua orang buta yang duduk di pinggir jalan mendengar bahawa Yesus sedang lalu di situ. Mereka mula berseru, “Ya Anak Daud, kasihanilah kami!” (Matius 20:29-30). Namun, dalam ayat yang lain dinyatakan pula, “Mereka tiba di Yerikho. Ketika Yesus meninggalkan kota itu dengan pengikut-pengikut-Nya dan orang ramai, ada seorang buta yang duduk minta sedekah di pinggir jalan. Namanya Bartimeus anak Timeus. Apabila orang buta itu mendengar bahawa yang sedang lalu di situ adalah Yesus orang Nasaret, dia mula berseru, “Yesus, Anak Daud! Kasihanilah hamba!” (Markus 10:46-47). Percanggahan ini tidak sepatutnya berlaku jika benar Injil adalah firman Tuhan kerana Tuhan tidak akan menyebabkan percanggahan seperti itu.
Malah terdapat ramai tokoh-tokoh Kristian yang mempertikaikan kewibawaan Bible sebagai firman Tuhan. Mengikut Bishop John S. Spong dari Newark dalam bukunya Rescuing the Bible from Fundamentalism menukilkan, “Catatan St. Paul di dalam Bible bukanlah perkataan Tuhan tetapi perkataan dia sendiri.” Bible seperti yang boleh dibaca pada hari ini ditulis oleh ramai penulis dan mereka seringkali tidak menukilkan tulisan-tulisan mereka dengan tepat. Seorang lagi tokoh Kristian, Bruce M. Metzger di dalam bukunya The Text of the New Testament: Its Transmission, Corruption and Restoration menulis, “Penulis-penulis Bible tidak menyalin dengan tepat segala sumber yang mereka temui, sebaliknya mereka menulis penafsiran mereka sendiri mengenai sumber-sumber itu. Mereka melakukannya kerana berhasrat membetulkan kesilapan penulis-penulis lain, tetapi yang sebenarnya berlaku ialah mereka mendedahkan kesilapan diri mereka sendiri.”
Berbeza dengan Bible, al-Quran adalah himpunan firman-firman suci Tuhan sepenuhnya yang disampaikan ke mulut Nabi Muhammad tanpa sebarang tokok tambah, semakan semula atau pembetulan bahasa oleh manusia. Salah satu ayat al-Quran menjelaskan, “Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu (al-Quran) sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat mengubah kalimat-kalimat-Nya dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Al-An’am 6:115). Hal ini diakui sendiri oleh Profesor Laura Veccia Vaglieri dalam artikelnya bertajuk Apologia dell Islamismo, “Kita mempunyai satu lagi bukti yang menunjukkan al-Quran sebenarnya adalah sebuah kitab daripada Tuhan iaitu melalui teksnya yang kekal asli dan tidak pernah berubad abad berabad, sejak ia mula-mula diturunkan sehinggalah sekarang, malah selama mana alam ini masih wujud.”
Di samping itu, setiap surah kecuali surah at-Taubah dalam al-Quran dimulai dengan kalimat Basmalah iaitu ‘Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang’. Perkara ini sangat selari dengan apa yang disebutkan oleh ayat Bible ‘Nabi itu akan berkata-kata demi nama-Ku’. Bab-bab di dalam Bible tidak dimulakan dengan penyebutan nama Tuhan secara khusus. Justeru, ayat Bible yang dipaparkan di atas sangat jelas menceritakan tentang Nabi Muhammad yang dikurniakan dengan kitab suci al-Quran sebagai firman Tuhan yang sebenarnya dan setiap surah di dalamnya dimulakan dengan penyebutan nama Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Seorang nabi seperti Nabi Musa
Dalam King James Version of the Bible disebutkan bahawa:
“I will raise them up a Prophet from among their brethren, like unto thee, and will put my words in his mouth; and he shall speak unto them all that I shall command him.” “But the prophet, which shall presume to speak a word in my name, which I have not commanded him to speak, or that shall speak in the name of other gods, even that prophet shall die.” ― Deuteronomy 18:18, 20
Terjemahannya mengikut Bible Indonesia Alkitab (1993) adalah:
“Seorang nabi akan Kubangkitkan bagi mereka dari antara saudara mereka, seperti engkau ini; Aku akan menaruh firman-Ku dalam mulutnya, dan ia akan mengatakan kepada mereka segala yang Kuperintahkan kepadanya.” “Tetapi seorang nabi, yang terlalu berani untuk mengucapkan demi nama-Ku perkataan yang tidak Kuperintahkan untuk dikatakan olehnya, atau yang berkata demi nama tuhan lain, nabi itu harus mati.” — Ulangan 18:18, 20
Ayat di atas merupakan ramalan kitab Taurat mengenai kebangkitan seorang nabi akhir zaman. Orang Yahudi menyesuaikan ramalan Taurat di atas kepada Ezra (Nabi Uzair), manakala orang Kristian pula menyesuaikan ramalan di atas kepada Yesus. Namun, kesemua penyesuaian mereka ternyata meleset sama sekali kerana nabi akhir zaman yang dimaksudkan oleh ayat Taurat di atas adalah Nabi Muhammad, seorang yang berketurunan Arab, berdasarkan beberapa dalil dan bukti yang kukuh. Fokus ayat di atas ialah nabi yang bakal dibangkikan itu mestilah mempunyai tiga kriteria. Pertama, dia mestilah berasal dari kalangan saudara Bani Israil. Kedua, dia harus mempunyai ciri-ciri dan persamaan dengan Nabi Musa. Ketiga, dia tidak boleh mati dibunuh. Sepanjang sejarah, siapakah individu yang menepati ketiga-tiga ramalan kitab Taurat tersebut?
Nabi yang bakal dibangkitkan itu mestilah berasal dari kalangan saudara Bani Israil. Persoalannya, siapakah saudara Bani Israil? Untuk menjawab persoalan ini, ia perlulah dikembalikan kepada sejarah Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim mempunyai dua orang anak, iaitu Ishak hasil perkahwinannya dengan Siti Sarah manakala Ismail pula hasil perkahwinannya dengan Siti Hajar. Keturunan Nabi Ismail melahirkan bangsa Arab manakala keturunan Nabi Ishak pula melahirkan bangsa Yahudi atau Israil. Justeru, hubungan antara bangsa Arab dan bangsa Yahudi adalah bersaudara kerana berdasarkan kepada perhubungan antara Nabi Ismail dan Nabi Ishak sebagai adik beradik tiri yang berlainan ibu tetapi satu bapa. Penganut Kristian mendakwa bahawa ‘nabi baru’ yang bakal dibangkitkan itu adalah Yesus tetapi kenyataan ini ternyata salah kerana Yesus berketurunan Israel yang berbangsa Yahudi. Hal ini menunjukkan bahawa Yesus bukanlah nabi baru yang dimaksudkan oleh ayat Taurat tersebut. Ayat Taurat tersebut menuntut supaya nabi yang bakal dibangkitkan itu mestilah bersaudara dengan bangsa Yahudi, iaitu bangsa Arab dan Nabi Muhammad menepatinya.
Nabi baru yang dijanjikan oleh Taurat Musa di atas mestilah mempunyai persamaan dengan Nabi Musa. Maksud mempunyai persamaan dengan Nabi Musa ini ialah sama dari segi membawa syariat, hukum dan undang-undang baru daripada Tuhan. Nabi Musa membawa syariat baru daripada Tuhan untuk bangsa Yahudi dan Nabi Muhammad juga ditugaskan untuk membawa syariat baru daripada Tuhan untuk seluruh umat manusia. Al-Quran mengiktiraf persamaan yang wujud antara Nabi Musa dan Nabi Muhammad sebagaimana firman Allah yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami telah mengutus kepada kamu seorang rasul (Muhammad) yang menjadi saksi terhadap kamu, sebagaimana Kami telah mengutus seorang rasul (Musa) kepada Firaun.” (Al-Muzammil 73:15).
Sekali lagi, Yesus bukanlah nabi yang dibakal dibangkitkan itu kerana beliau sendiri menegaskan bahawa kedatangan beliau hanyalah untuk meneruskan undang-undang Taurat Musa sahaja. Kitab Injil menjelaskan, “Janganlah menganggap bahawa Aku datang untuk menghapuskan Taurat Musa dan ajaran nabi-nabi. Aku tidak datang untuk menghapuskannya, tetapi Aku datang supaya semua ajaran itu berlaku.” (Matius 5:17).
Akhir sekali, nabi yang bakal dibangkitkan itu tidak harus mati dibunuh. Mengikut catatan Injil, Yesus mati dibunuh di palang salib oleh bangsa Yahudi. Injil menyebutkan, “Di situ Dia disalibkan. Dua orang lain juga disalibkan bersama-sama Yesus, seorang di sebelah kiri, seorang di sebelah kanan dan Yesus di tengah.” (Yohanes 19:18). Justeru, Yesus bukanlah nabi yang dimaksudkan oleh kitab Taurat di atas. Secara automatiknya, Nabi Muhammad menepati ayat Bible di atas kerana baginda wafat bukan atas sebab dibunuh, disalib atau sebagainya.

Lembah Baka adalah Mekah
Dalam New King James Version of the Bible disebutkan bahawa:
“Blessed are those who dwell in Your house; They will still be praising You. Selah. Blessed is the man whose strength is in You, Whose heart is set on pilgrimage. As they pass through the Valley of Baca, They make it a spring; The rain also covers it with pools.” ― Psalms 84:4-6
Terjemahannya mengikut Bible Indonesia Alkitab (1993) adalah:
“Berbahagialah orang-orang yang diam di rumah-Mu, yang terus-menerus memuji-muji Engkau. Sela. Berbahagialah manusia yang kekuatannya di dalam Engkau, yang berhasrat mengadakan ziarah! Apabila melintasi lembah Baka, mereka membuatnya menjadi tempat yang bermata air; bahkan hujan pada awal musim menyelubunginya dengan berkat.” — Mazmur 84:4-6
Berkenaan dengan kalimat ‘Baka’ di atas, al-Quran memberikan informasi melalui firman Allah berikut, “Inna awwala baitiw wudi’a lin-nasi lal lazi bi Bakkata mubarakaw wa hudal lil-‘alamin.” Terjemahannya adalah, “Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia ialah Baitullah yang terletak di Bakkah, yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi semua manusia.” (Ali Imran 3:96). Berkenaan dengan ibadat ziarah (pilgrimage) atau haji pula, Allah berfirman yang bermaksud, “Dan serulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepada kamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus, yang datang dari segenap penjuru yang jauh.” (Al-Hajj 22:27).
Abdullah Yusuf Ali dalam terjemahan al-Quran berbahasa Inggeris The Holy Qur’an menterjemahkan ayat ini sebagai, “And proclaim the Pilgrimage among men, they will come to these on foot and (mounted) on every kind of camel, lean on account of journeys through deep and distant mountain highways.” Berdasarkan hal ini, kalimat pilgrimage atau ‘ziarah’ seperti yang tercatat dalam ayat Bible di atas sebenarnya merujuk kepada ibadat haji di Mekah.
Lembah Baka tidak dapat dipisahkan dengan peristiwa yang berlaku ke atas Nabi Ismail dan ibunya Siti Hajar. Sesudah Nabi Ibrahim meninggalkan mereka berdua di Bakkah (nama lain bagi Mekah), maka dengan rahmat Allah, mereka berdua dapat terus hidup dan memperoleh sumber air yang banyak daripada mata air yang terpancar dari dalam tanah di situ. Berkenaan dengan sumber air ini, Bible dalam bab Kejadian 21:19 mengungkapkan, “Kemudian Allah membuka mata Hagar sehingga dia nampak sebuah perigi. Oleh itu dia pergi mengisi kirbat itu dengan air, kemudian dia memberikan minuman kepada anaknya.” Apabila ada kafilah-kafilah pedagang lalu-lalang di tempat air tersebut, mereka meminta kebenaran Hajar untuk mendapatkan bekalan air di situ, maka mereka pun diizinkan mengambil dan menggunakan sumber air tersebut secukupnya. Sebagai buah tangan dan membalas budi, kafilah-kafilah tersebut akan memberikan beberapa bahan makanan yang cukup untuk kegunaan Hajar dan anaknya Ismail.
Antara ramai kafilah-kafilah yang berkunjung ke Lembah Baka tersebut, bangsa Jurhum begitu berminat untuk terus menetap dan tinggal di Bakah memandangkan ia sebuah tempat yang mempunyai kekayaan sumber air. Lama-kelamaan, semakin banyak khemah yang didirikan di sekitar Lembah Baka sehinggalah ia menjadi suatu kawasan petempatan manusia. Kini, sumber air itu masih lagi wujud dan lebih dikenali dengan nama telaga zam-zam. Kesemua hal ini tepat sebagaimana yang dirakamkan di dalam al-Quran, tatkala Nabi Ibrahim berdoa, “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri (Mekah) ini sebagai negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari buah-buahan kepada penduduknya yang beriman di antara mereka kepada Allah dan hari kemudian.” (Al-Baqarah 2:126).
Satu perkara yang perlu diingat, daripada Lembah Baka yang subur dan penuh keberkatan inilah lahirnya Nabi Muhammad sebagai cahaya penyuluh kehidupan manusia. Hal ini juga merupakan berkat doa Nabi Ibrahim tatkala baginda berdoa, “Ya Tuhan kami, utuslah kepada mereka seorang rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat-Mu, dan mengajarkan kepada mereka al-Kitab (al-Quran) dan hikmah serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Al-Baqarah 2:129).

“Kerajaan batu” yang kekal selama-lamanya
Dalam Revised Standard Version of the Bible disebutkan bahawa:
“And in the days of those kings the God of heaven will set up a kingdom which shall never be destroyed, nor shall its sovereignty be left to another people. It shall break in pieces all these kingdoms and bring them to an end, and it shall stand for ever; just as you saw that a stone was cut from a mountain by no human hand, and that it broke in pieces the iron, the bronze, the clay, the silver, and the gold. A great God has made known to the king what shall be hereafter. The dream is certain, and its interpretation sure.” ― Daniel 2:44-45
Terjemahannya mengikut Bible Malaysia Alkitab (1996) adalah:
“Pada masa pemerintahan penguasa-penguasa itu, Allah penguasa di syurga akan mendirikan sebuah kerajaan yang kekal dan yang tidak dapat dikalahkan. Sebaliknya kerajaan itu akan memusnahkan sama sekali semua kerajaan yang lain, lalu kerajaan itu akan memerintah selama-lamanya. Tuanku nampak batu itu jatuh dari tebing dengan sendirinya, serta menimpa patung yang dibuat daripada besi, gangsa, tanah liat, perak, dan emas itu. Allah yang besar sedang memberitahu tuanku hal masa depan. Itulah mimpi tuanku yang sebenarnya, dan tafsirannya dapat dipercayai.” — Daniel 2:44-45
Ayat di atas menceritakan tentang mimpi yang dialami oleh Raja Nebukadnezar, raja dari empayar Babylon. Dalam mimpi tersebut, raja itu melihat tentang beberapa kerajaan yang dikiaskan sebagai kerajaan besi, kerajaan gangsa, kerajaan tanah liat, kerajaan perak dan kerajaan emas dan akhirnya kesemua kerajaan ini akan dimusnahkan oleh ‘kerajaan batu’ dan ia akan memerintah selama-lamanya. Berkenaan dengan kerajaan besi, ayat yang sebelumnya menyebutkan, “Jari kakinya yang sebahagian daripada besi dan sebahagian daripada tanah liat bermakna bahawa sebahagian daripada kerajaan itu kuat dan sebahagian lagi lemah.” (Daniel 2:42). Berdasarkan ayat ini, ‘kerajaan besi’ merujuk kepada kerajaan Rom Timur yang berdiri dengan kukuh manakala ‘kerajaan tanah liat’ pula merujuk kepada kerajaan Rom Barat yang lemah dan kucar-kacir.
‘Kerajaan gangsa’ dan ‘kerajaan perak’ pula merujuk kepada kerajaan Macedonia-Assyria dan kerajaan Parsi yang dipimpin oleh Alexander the Great atau Iskandar Yang Agung. ‘Kerajaan emas’ pula adalah kerajaan Babylon yang diperintah oleh Raja Nebukadnezar. Hal ini dapat diperhatikan dalam ayat berikut, “Dia menjadikan tuanku penguasa atas seluruh bahagian bumi yang berpenduduk, bahkan penguasa atas binatang dan burung sekalipun. Tuankulah kepala yang dibuat daripada emas itu. Selepas kerajaan tuanku berakhir, akan bangkit sebuah kerajaan yang tidak seagung kerajaan tuanku. Selepas itu akan muncul kerajaan ketiga, yang dilambangkan oleh gangsa, yang akan memerintah seluruh bumi. Kemudian sebuah kerajaan keempat yang sekuat besi akan meremukkan dan menghancurkan segala sesuatu. Sebagaimana besi menghancurkan segala sesuatu, demikian juga kerajaan itu akan meremukkan dan menghancurkan semua kerajaan yang lain itu.” (Daniel 2:38-40).
Akhir sekali, sebuah kerajaan yang dikiaskan sebagai ‘kerajaan batu’ akan menghancurkan kelima-lima kerajaan yang wujud sebelumnya. Sebenarnya, ‘kerajaan batu’ tersebut merujuk kepada kerajaan Islam. Hal ini menjadi kenyataan apabila Sultan Muhammad al-Fatih II, iaitu sultan Empayar Uthmaniah berjaya menjatuhkan kerajaan Rom Timur yang kuat dengan menakluki kota Konstantinople pada tahun 1453 Masihi. Malah sebelum peristiwa itu juga kerajaan Islam tidak pernah lenyap walaupun pihak kafir berusaha keras memerangi umat Islam.
‘Kerajaan batu’ juga sangat selari dengan Nabi Muhammad ketika baginda bersabda, “Sesungguhnya perumpamaanku dengan nabi-nabi sebelumku adalah seperti seseorang yang membina sebuah bangunan, lalu dia memperindah dan menghiasi bangunan itu, kecuali pada salah satu sudut yang kekurangan batu. Maka ketika orang ramai mengelilingi bangunan tersebut, mereka berasa takjub lalu berkata, “Tidakkah satu sudut ini patut diletakkan sebiji batu?” Baginda bersabda, “Akulah batu itu dan akulah penutup sekalian nabi-nabi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Kerajaan Islam tidak akan musnah selama-lamanya, “Allah penguasa di syurga akan mendirikan sebuah kerajaan yang kekal dan yang tidak dapat dikalahkan.” (Daniel 2:44). Ayat ini sangat selari dengan ayat al-Quran berikut, “Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukainya.” (At-Taubah 9:32).

“Pasukan Unta” selepas “Pasukan Keldai”
Dalam Revised Standard Version of the Bible disebutkan bahawa:
“For thus the Lord said to me: “Go, set a watchman, let him announce what he sees. When he sees riders, horsemen in pairs, riders on asses, riders on camels, let him listen diligently, very diligently.” ― Isaiah 21:6-7
Terjemahannya mengikut Bible Indonesia Alkitab (1993) adalah:
“Sebab beginilah firman Tuhan kepadaku: “Pergilah, tempatkanlah seorang peninjau, apa yang dilihatnya haruslah diberitahukannya. Apabila dilihatnya pasukan, pasangan-pasangan orang berkuda, pasukan keledai, pasukan unta, maka haruslah diperhatikannya sungguh-sungguh, dengan penuh perhatian.” — Yesaya 21:6-7
Ayat Bible di atas sebenarnya merupakan satu kiasan yang meramalkan kedatangan dua orang pesuruh Tuhan. Ia dimulai dengan kedatangan Yesus yang dikiaskan sebagai ‘pasukan keldai’. Mengapakah beliau dikiaskan sebegitu? Mengikut catatan kitab Injil, Yesus memasuki kota Jerusalem dengan mengenderai seekor keldai, “Kedua-dua orang pengikut itu pun pergi dan melakukan seperti yang diarahkan oleh Yesus. Mereka membawa kedua-dua ekor keldai itu, lalu mengalasi punggung keldai dengan jubah mereka. Kemudian Yesus menungganginya. Banyak orang membentangkan jubah di atas jalan, sementara yang lain mengerat ranting-ranting pokok, lalu menyelerakkannya di jalan.” (Matius 21:6-8).
Selepas pasukan keldai muncul, ‘pasukan unta’ pula akan menyusul kemudian. Pasukan unta ini sebenarnya merujuk kepada Nabi Muhammad. Bagi masyarakat Arab yang hidup di padang pasir, unta merupakan pengangkutan yang sangat penting. Malah, ketika tiba di Yathrib (nama lama Madinah sebelum hijrah Nabi Muhammad), dalam peristiwa hijrah, Nabi Muhammad menunggangi unta dan ketibaan baginda disambut dengan penuh meriah diikuti dengan nyanyian puji-pujian dan paluan rebana daripada penduduk Yathrib. Justeru, kiasan ‘pasukan unta’ yang akan muncul selepas ‘pasukan keldai’ sangat selari dengan kronologi perutusan Nabi Muhammad sebagai rasul akhir zaman selepas Yesus.

Misteri Barnasha
Dalam Revised Standard Version of Bible disebutkan bahawa:
“I saw in the night visions, and behold, with the clouds of heaven there came one like a son of man, and he came to the Ancient of Days and was presented before him. And to him was given dominion and glory and kingdom, that all peoples, nations, and languages should serve him; his dominion is an everlasting dominion, which shall not pass away, and his kingdom one that shall not be destroyed.” ― Daniel 7:13-14
Terjemahannya mengikut Bible Alkitab (1996) terbitan The Bible Society of Malaysia adalah:
“Dalam penglihatanku pada malam itu, aku nampak sesuatu yang seperti manusia. Dia datang diliputi awan, lalu menghampiri Dia yang hidup selama-lamanya, dan dihadapkan kepada-Nya. Dia diberikan kuasa, kehormatan, dan kedaulatan, agar orang daripada semua bangsa, kaum, dan bahasa mengabdikan diri kepadanya. Kuasanya akan kekal, dan pemerintahannya tidak akan berakhir.” — Daniel 7:13-14
Ayat son of man atau ‘sesuatu seperti manusia’ sebagaimana dalam ayat di atas adalah terjemahan kalimat Ibrani iaitu Barnasha. Hal ini selari dengan Nabi Muhammad kerana jutaan umat Islam seluruh dunia menerima baginda sebagai seorang manusia biasa dan utusan Tuhan yang mulia. Al-Quran turut merekodkan, “Katakanlah, “Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Esa.” (Al-Kahfi 18:110). Hal ini berbeza dengan penerimaan Yesus oleh umat Kristian dan Yahudi. Orang Kristian menghina Yesus kerana menganggap beliau sebagai Tuhan dan anak Tuhan. Hal ini boleh dilihat dalam konsep Triniti yang mereka anuti. Orang Yahudi pula enggan menerima Yesus sehingga kini, mereka menganggap beliau adalah anak luar nikah dan ibunya Siti Maryam sebagai perempuan sundal.
Kedatangan Barnasha akan memusnahkan ‘binatang keempat’, iaitu bahasa kiasan yang merujuk kepada Empayar Rom. Sekali lagi ia bukan merujuk kepada Yesus kerana menurut Injil, Yesus menggesa umat Israel supaya membayar ufti kepada Gabenor Rom yang berkuasa ketika itu, Pontius Pilate. Dalam masa yang sama, Yesus tidak pernah berusaha untuk memerangi atau mengusir kekuasaan Rom dari bumi Palestin. Malah ketika disalib, Yesus tidak berusaha untuk melepaskan dirinya apatah lagi menyelamatkan negeri dan kaumnya dari kekuasaan Rom. Hal ini berbeza dengan Nabi Muhammad. Sejarah memaparkan bahawa pemimpin-pemimpin Islam selepas era baginda berjaya meruntuhkan Empayar Rom. Justeru, Barnasha tersebut merujuk kepada Nabi Muhammad kerana baginda adalah anak benih yang menjadi pemangkin kepada kemusnahan Empayar Rom.
Mengikut buku Muhammad in the Bible nukilan Reverend David Benjamin Keldani, ayat di atas juga merujuk kepada peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad yang berlaku pada malam 27 Rejab. Sesetengah pentafsir Bible menyatakan bahawa Barnasha tersebut merujuk kepada malaikat. Namun hal ini disangkal kerana kalimat Ibrani Qaddish atau Qaddush telah digunakan yang membawa maksud ‘manusia suci’ dan ia sebenarnya adalah identiti Nabi Muhammad. Dalam peristiwa Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad dibawa menghadap Allah di Sidratul Muntaha, iaitu langit tertinggi. Di sana baginda menerima perintah sembahyang lima waktu. Hal inilah yang diisyaratkan oleh ayat ‘Dia diberikan kuasa, kehormatan, dan kedaulatan, agar orang daripada semua bangsa, kaum, dan bahasa mengabdikan diri kepadanya’.
Sehingga kini, umat Islam masih mengamalkan sunnah atau cara hidup Nabi Muhammad dan ia akan diteruskan buat selama-lamanya. Hal ini menepati ayat ‘Kuasanya akan kekal, dan pemerintahannya tidak akan berakhir’. Namun, ajaran sebenar Yesus sudah diselewengkan dan yang ada pada hari ini bukanlah ajaran Yesus yang asal tetapi ajaran yang direka dan dicipta oleh manusia biasa.

“Paracletos” selepas Yesus Kristus
Dalam Revised Standard Version of the Bible disebutkan bahawa:
“Nevertheless I tell you the truth: it is to your advantage that I go away, for if I do not go away, the Counselor will not come to you; but if I go, I will send him to you.” ― John 16:7
“And I will pray the Father, and he will give you another Counselor, to be with you for ever, even the Spirit of truth.” ― John 14:16-17
Terjemahannya mengikut Bible Indonesia Alkitab (1993) adalah:
“Namun benar yang Kukatakan ini kepadamu: Adalah lebih berguna bagi kamu, jika Aku pergi. Sebab jikalau Aku tidak pergi, Penghibur itu tidak akan datang kepadamu, tetapi jikalau Aku pergi, Aku akan mengutus Dia kepadamu.” — Yohanes 16:7
“Aku akan minta kepada Bapa, dan Ia akan memberikan kepadamu seorang Penolong yang lain, supaya Ia menyertai kamu selama-lamanya, iaitu Roh Kebenaran.” — Yohanes 14:16-17
Kamus Alexandre’s Dictionnaire Grec-Francais menyatakan bahawa kalimat Paracletos berasal dari suku kata peri dan cleotis. Apabila dua suku kata ini digabungkan, ia membawa maksud ‘dia yang terpuji’ atau dalam bahasa Inggeris diterjemahkan sebagai the most illustrious, glorious and renowned. Maksud ini sangat selari dengan nama Nabi Muhammad kerana kalimat ‘Ahmad’ atau ‘Muhammad’ itu sendiri membawa maksud ‘dia yang terpuji’. Paracletos tersebut akan menjadi saksi terhadap Yesus. Hal ini tepat sebagaimana yang dinyatakan di dalam Injil Yohanes 15:26 yang bermaksud, “Aku akan mengutus Penolong yang berasal daripada Bapa kepada kamu. Dia Roh yang akan menunjukkan apa yang benar tentang Allah. Apabila Dia datang, Dia akan memberikan kesaksian tentang Aku.”
Ayat di atas menjelaskan bahawa Paracletos yang bakal datang itu adalah identiti lain yang akan bersaksi tentang Yesus dan Nabi Muhammad pula ditugaskan untuk melaksanakan kesaksian tersebut. Maksud memberi kesaksian tentang Yesus ialah menerangkan bahawa Yesus bukanlah seorang Tuhan atau Anak Tuhan sebagaimana dakwaan orang Kristian. Nabi Muhammad akan memberikan kesaksian benar dengan menyatakan bahawa Yesus adalah seorang manusia biasa yang diangkat oleh Allah menjadi nabi dan rasul-Nya. Hal ini sangat sinonim dengan kenyataan al-Quran, “Isa berkata, “Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia memberikan kepadaku al-Kitab (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang nabi.” (Maryam 19:30). Juga dalam nas berikut, “(Isa berkata lagi), “Sesungguhnya Allah adalah Tuhanku dan Tuhan kamu, maka hendaklah kamu semua menyembah-Nya sahaja. Inilah jalan yang lurus.” (Maryam 19:36). Perkara yang sama turut ditegaskan dalam beberapa ayat yang lain. Sehubungan dengan hal ini, Sir William Muir dalam bukunya bertajuk Life of Mohamet menulis, “Satu lagi panggilan yang digunakan untuk Muhammad ialah ‘Ahmad’ dan dalam sesetengah terjemahan Bible Perjanjian Baru yang ditulis dalam bahasa Arab, kalimat Paraceletos digantikan dengan kalimat Ahmad.”
Paracletos sebagaimana yang dinyatakan dalam kitab Injil Yohanes bukannya merujuk kepada Yesus atau Roh Suci (Holy Spirit). Ia ditujukan kepada identiti lain dan identiti tersebut semestinya Nabi Muhammad sendiri. Memetik ayat Injil Yohanes 14:16-17, Yesus berkata, “Aku akan memohon kepada Bapa dan Bapa akan memberi kamu Penolong lain, yang akan bersama-sama kamu selama-lamanya. Dia Roh Allah, yang menunjukkan apa yang benar tentang Allah. Dunia tidak dapat menerima Dia, kerana dunia tidak dapat melihat Dia ataupun mengenal Dia. Tetapi kamu mengenal Dia, kerana Dia tinggal dengan kamu dan bersatu dengan kamu.” Ayat ‘yang akan bersama-sama kamu selama-lamanya’ sangat selari dengan Nabi Muhammad. Ayat ini merupakan suatu simbolik yang menunjukkan bahawa walaupun Nabi Muhammad sudah wafat, namun ajaran, cara hidup atau sunnah baginda tetap diikuti oleh seluruh umat Islam sampai bila-bila walaupun 1,400 tahun sudah berlalu. Bukan itu sahaja, malah dunia hari ini mengiktiraf Nabi Muhammad sebagai seorang manusia pilihan Tuhan yang sangat berjaya sepanjang sejarah peradaban manusia. Baginda sememangnya merupakan satu peribadi unggul yang tidak ada tolok bandingnya.
Paracletos ini akan mengingatkan manusia tentang perkara yang pernah diajarkan oleh Yesus. Hal ini berpandukan kepada satu dalil dalam Injil Yohanes 14:26, “Tetapi Roh Allah, Penolong yang akan diutus oleh Bapa demi nama-Ku, akan mengajar kamu segala-galanya dan akan mengingatkan kamu segala yang telah Aku katakan kepada kamu.” Sekali lagi ayat ini sememangnya ditujukan kepada seorang manusia kerana hanya manusia sahaja yang boleh bertemu dengan manusia yang lain dan mengingatkan ajaran seseorang dan Nabi Muhammad adalah manusia tersebut, bukannya Roh Suci sebagaimana yang didakwa oleh penganut Kristian. Sebagai contoh, Yesus mengajarkan bahawa Tuhan itu Maha Esa. Injil merekodkan bahawa Yesus pernah berkata, “Inilah perintah yang paling utama, ‘Dengarlah, hai bangsa Israel! Tuhan Allah kita, Dialah Tuhan Yang Esa.” (Markus 12:29). Nabi Muhammad juga diutuskan oleh Tuhan untuk menekankan ajaran yang sama, “Katakanlah, ‘Dialah Allah Yang Maha Esa.’” (Al-Ikhlas 112:1). Hal yang sama ditegaskan, “Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar Esa.” (As-Saffat 37:4).
Paracletos ini akan membawa ajaran baru daripada Tuhan. Mengikut New King James Version of the Bible pada bab Isaiah 42:9-12 disebutkan, “Behold, the former things have come to pass, And new things I declare; Before they spring forth I tell you of them.” Sing to the LORD a new song, And His praise from the ends of the earth, You who go down to the sea, and all that is in it, You coastlands and you inhabitants of them! Let the wilderness and its cities lift up their voice, The villages that Kedar inhabits. Let the inhabitants of Sela sing, Let them shout from the top of the mountains. Let them give glory to the LORD, And declare His praise in the coastlands.” Terjemahan mengikut Bible Malaysia Alkitab adalah, “Hal-hal yang telah Kunubuatkan sudah pun berlaku. Sekarang Aku akan memberitahu kamu hal-hal baru sebelum semua itu berlaku. Nyanyikanlah lagu baru bagi TUHAN; pujilah Dia, hai seluruh bumi! Pujilah Dia, hai laut dan semua isinya, bernyanyilah, hai penduduk negeri-negeri jauh! Hendaklah padang gurun dan kota-kotanya memuji Allah; hendaklah orang Kedar memuji Dia! Hendaklah penduduk kota Sela bersorak-sorak dari puncak-puncak gunung! Hendaklah orang yang tinggal di negeri-negeri jauh memuji dan memuliakan TUHAN!” (Yesaya 42:9-12).
Al-Quran merupakan ‘lagu baru’ daripada Tuhan. Ia wajib dibaca dengan cara bacaan dan sebutan yang betul dalam bahasa Arab, bahasa asal ia diturunkan. Kandungan kitab al-Quran sangat lengkap dalam semua aspek. Ia mengandungi syariat dan peraturan yang sesuai diamalkan di mana-mana sahaja. Hal ini menyebabkan kandungan al-Quran seolah-olah ‘baru’ dalam dunia moden hari ini kerana ia menepati segala kehendak dan keperluan hidup manusia dalam zaman yang serba maju. Namun, hakikatnya ialah al-Quran telah diturunkan 1,400 tahun yang lampau. Inilah kehebatan dan keajaiban al-Quran.
Bahasa al-Quran adalah bahasa baru yang boleh difahami, dipelajari dan dipraktikkan oleh semua manusia, bukannya bahasa kuno yang sudah ketinggalan dan tidak lagi digunakan oleh masyarakat moden pada hari ini. Hal ini selari dengan maksud firman Allah, “Dan demikianlah, Kami telah menurunkan al-Quran itu sebagai peraturan (yang benar) dalam bahasa Arab.” (Ar-Ra’d 13:37). “Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran dalam bahasa Arab agar kamu memahaminya.” (Az-Zukhruf 43:3).
Dalam kitab Al-Quran dan Terjemahannya edisi bahasa Malaysia dihuraikan bahawa antara beberapa keistimewaan bahasa Arab ialah, “Merupakan bahasa yang hidup sejak dari dahulu sehingga sekarang. Bahasa Arab juga merupakan bahawa yang lengkap dan luas untuk menjelaskan tentang konsep yang berkaitan dengan ketuhanan dan keakhiratan. Bukan itu sahaja, malah bentuk kosa kata dalam bahasa Arab mempunyai tasrif (konjugasi) yang sangat luas sehingga mampu mencapai 3,000 bentuk perubahan. Hal ini tidak terdapat dalam mana-mana bahasa lain.”
Secara ringkasnya, dapatlah dirumuskan bahawa al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad dan kalimat ‘Muhammad’ itu sendiri bermaksud ‘dia yang terpuji’. Baginda pernah digelar sebagai al-Amin oleh golongan Arab Quraisy dan bangsa Quraisy pula berasal daripada salah seorang anak Nabi Ismail yang bernama Kedar. Kesemua bukti yang saling berkait antara satu sama lain ini jelas menunjukkan bahawa Nabi Muhammad adalah nabi yang terakhir dan al-Quran merupakan ‘lagu baru’ daripada Tuhan yang diturunkan kepada seluruh umat manusia. Lebih pasti, kitab Bible membenarkan perutusan Nabi Muhammad sebagai nabi agung akhir zaman dan kebenaran al-Quran sebagai kitab suci yang berasal dari Tuhan semesta alam. Firman Allah, “Dan apakah tidak cukup menjadi bukti bagi mereka, bahawa para ulama Bani Israil mengetahuinya?” (Asy-Syu’ara’ 26:197).

Kesimpulan
Dalil-dalil yang dipaparkan sudah cukup untuk dijadikan bahan bukti yang menunjukkan kebenaran Nabi Muhammad sebagai rasul akhir zaman. Sebagai kesimpulan, Bible sebenarnya menceritakan sifat-sifat rasul akhir zaman secara terperinci. Antara sifat-sifat itu adalah baginda seorang yang ummi iaitu tidak tahu membaca dan menulis.
Baginda adalah Himdah atau Paracletos yang merujuk kepada seseorang yang terpuji. Maksud ini sangat selari dengan maksud nama Ahmad dan Muhammad. Baginda berasal berketurunan Nabi Ismail yang berbangsa Arab yang berasal dari Paran iaitu Mekah. Keturunan Nabi Ismail dijanjikan dengan kemuliaan dan kehebatan sebagaimana yang disebutkan oleh Bible. Baginda berhijrah ke Tema iaitu sebuah kawasan di utara Madinah. Di Madinah, baginda mendapat pertolongan dan bantuan sehingga tertegaknya sebuah negara Islam pertama yang berdaulat di sana. Tuhan telah mengurniakan Shalom iaitu Islam kepada baginda sebagai jalan keselamatan di dunia dan di akhirat.
Selepas setahun berada di Tema iaitu Madinah, berlakulah peperangan dengan keturunan Kedar. Perang Badar berlaku pada tahun ke-2 Hijrah antara bangsa Quraisy dengan umat Islam. Quraisy berasal daripada keturunan Kedar dan Kedar pula adalah salah seorang anak Nabi Ismail yang pernah menetap di Mekah. Kemenangan menyebelahi Nabi Muhammad dan umat Islam berjaya mengalahkan bangsa Quraisy di Badar. Kesemua ini dinyatakan di dalam Bible secara terperinci.
Pada kemuncak perjuangan Nabi Muhammad, baginda bersama-sama dengan 10,000 orang pengikut yang suci iaitu para sahabatnya menguasai kota Mekah dan seterusnya membebaskan kota suci itu daripada belenggu syirik. Baginda bercakap dengan firman-firman Tuhan dan dengan menggunakan nama Tuhan tanpa sebarang tokok tambah. Al-Quran merupakan ‘lagu baru’ yang diturunkan oleh Tuhan kepada umat manusia dan isinya tidak pernah berubah dan setiap surah di dalamnya dimulai dengan sebutan nama Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yesus perlu pergi sebelum Paracletos baru diutus kepada umat manusia. Paracletos juga akan menjadi saksi tentang kebenaran Yesus dan membongkar kesesatan ajaran yang mempertuhankannya. Nabi Muhammad diutuskan untuk melaksanakan semua itu.
Menarik untuk dinyatakan di sini ialah nukilan seorang bekas paderi Roma Kalotik iaitu Reverend David Benjamin Keldani di dalam bukunya yang bertajuk Muhammad in the Bible. Beliau yang sudah memeluk Islam menulis, “Daripada tulisan-tulisan saya ini, saya ingin menunjukkan bahawa ajaran Islam yang berkaitan dengan aspke-aspke ketuhanan dan rasul akhir zaman adalah benar belaka… Saya mengasihi Jesus, Musa dan Abraham sebagaimana saya mengasihi Muhammad dan sekalian rasul-rasul yang lain.”

Subscribe to:
Posts (Atom)